Sabtu, 6 Disember 2008

Tragedi tanah runtuh di Hulu Klang kembali


Sungguh cemas menjelang 6 Disember 2008 gempar seluruh Malaysia berlakunya tragedi bencana alam tanah runtuh di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Hulu Kelang. Di sini JH bukan nak lapor berita tapi sekadar nak ulas je sebab berita anda boleh dapat sendiri.

Peristiwa ini kita sedia maklum mengulangi kejadian di Highland Tower, di kawasan berhampiran pada November 1993, yang mana runtuhnya apartment.

Lebih kurang 14 unit rumah banglo runtuh habis. 13 orang tercedera seorang hilang dan 4 orang menjadi korban termasuk yang baru seorang warga Indonesia, Surina,30 pembantu rumah. Seramai 3000-5000 penduduk diarahkan berpindah sementara bagi menjaga keselamatan masing-masing. Manakala 1500 rumah di situ putus bekalan elektrik.

Memang memilukan apatah lagi berlaku pada Hari Raya Haji di mana mereka tak dapat sambut dengan gembira. Kebanyakan penduduk berhampiran tak jadi mangsa hanya terkejut dengan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai gegaran ala gempa bumi.
Memang menakutkan!

Tangisan dan jeritan kedengaran di sana sini. Memang tak dapat nak dibayangkan lagi. Beberapa orang pegawai perubatan yang diluluskan cuti nak balik raya dibatalkan untuk mengendalikan mangsa bencana alam itu. Yang cedera semua di hantar ke hospital antaranya HKL.

Selain pasukan keselamatan seperti polis,JPA3, bomba, dan lelain tentu yang paling runsing adalah Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali kerana ini adalah kawasan jagaan Dunnya. JH harap beliau dapat mengendalikan masalah ini dengan baik bersama-sama pasukan penyelamat dan perubatan.

Sebab itu pertengahan tahun ini kerajaan negeri Selangor dah umumkan tak akan membuat pembangunan di kawasan bukit dan tebing tinggi. Nyata keputusan ini tepat sekali.

Kelulusan pembinaan kawasan taman perumahan berkenaan sebelum ini diluluskan oleh kerajaan negeri di bawah BN sebellum ini. Tak taula mantan MB Selangor mana yang buat sama ada Muhammad Mat Taip, Hassan Omar atau Khir Toyo. Ini menunjukkan kerajaan BN terlepas pandang dengan apa yang berlaku pada tahun 1993 di kawasan yang sama. Memang manusia tak lepas buat silap!

Justeru itu JH harap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dapat menawarkan bersama-sama dengan BN Selangor selaku pembangkang supaya membantu sama-sama terhadap mangsa bencana alam ini dengan mengenepikan fahaman politik berbeza demi nyata rakyat Selangor. Mereka wajar contohi kerajaan negeri Pahang di mana hubungan diplomatik MB Adnan Yaakob dengan MP Kuantan-Pakatan Rakyat Fuziah Salleh begitu baik sekali.

Apa yang penting kejadian ini harus dijadikan pengajaran supaya pembangunan di kawasan tinggi harus diteliti struktur keselamatannya dulu jangan main redah lulus je sebab mungkin nak dapat komisyen sampai nyawa rakyat melayang.

Tiada ulasan: