Khamis, 11 Disember 2008

Kedaulatan Raja-Raja Melayu wajar dikembalikan




JH sangat sekali menyokong usaha Parti KeADILan Rakyat(KeADILan) dalam Pakatan Rakyat mahu kembalikan kedaulatan raja-raja Melayu di Malaysia sekiranya mentadbir Malaysia kelak. Ini kerana raja-raja Melayu sekarang walaupun jadi Agong 5 tahun sekali sekadar menonjol peranannya dalam membuka dan menutup Persidangan Parlimen awal penggal Dewan Rakyat. Itulah yang nampak menonjol berbanding lain. Yang lain ibarat boneka sahaja.

Di Malaysia rakyat negara ini belum pernah merasa di mana perlu perkenan raja setelah parti pembangkang dapat majoriti mudah melalui perpindahan parti, misalnya MP parti kerajaan berpindah ke parti pembangkang dan seterusnya perlu mendapat perkenan Agong bagi membentuk kerajaan baru. Ini yang JH hendak saksikan kelak di mana peranan Raja-Raja Melayu benar-benar dikhtiraf secara keseluruhannya.

Kekebalan Raja-Raja yang dimaksudkan bukanlah di mana kalau raja itu buat salah tidak dihukum, tetapi bermaksud kuasa raja selaku pemerintah yang perlu diperoleh kembali dan seterusnya berpeluang mentabdir megara di samping mengembalikan peranan Perdana Menteri sebagai penasihat Agong bukannya seperti Presiden berkuasa mutlak dalam pemerintahan Republik.

Merujuk kepada kenyataan Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail, usaha kembalikan semula kedaulatan Raja-Rajua Melayu bukan bermaksud institusi itu berkuasa mutlak seperti monarki, tetapi mengukuhkan lagi konsep Raja Berperlembagaan.

Betulla, dah bertahun-tahun belajar di sekolah pasal Sistem Raja Berlembagaan di Malaysia teatu je yang berkuasa mutlak dalam realiti adalah Perdana Menteri yang ketika itu Tun Chedet. Baharulah JH tau bahawa Tun Chedet yang ambil peranan ppenting raja selaku pemerintah dan seterusnya menyerapkan kuasa raja kepada dirinya sendiri sehingga tak ubah seperti Presiden dalam negara Republik yang berkuasa mutlak, sehingga Agong dan Raja-raja Melayu lain jadi boneka aje.

Tahniah kepada Raja Perlis dan Sultan Terengganu merangkap Agong kerana berjaya berpeluang guna kuasa apabila tidak iktiraf Shahidan Kassim dan Idris Jusuh sebagai Menteri Besar di kedua-dua negeri itu kerana Abdullah Badawi tidak seperti Tun Chedet. Bagaimana Tun Chedet berjaya kikis hak raja pun JH persoalkan betapa hebatnya orang tua tu sampai begitu sekali. Hakikatnya Raja-raja Melayu kini tidak lagi ditakuti seperimana zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan mornarki Melayu selepas itu.

Menrujuk kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; usaha kembalikan semula kedaulatan hak Raja Melayu bermakusud Raja tetap tunduk kepada prinsip Perlembagaan dan undang-undang tetapi kemuliaan dan darjat Raja harus dipelihara. Idsebabkan itu kekekabalan harus diberikan semula dalam bentuk terikat dengan Perlembagaan dan undang-undang.

Sejarah tidak mungkin melupakan pindaan Perlembagaan 1983 dan 1993 di mana Tun Chedet telah merampas hak Raja Melayu. Menurut Anwar, apa yang Chedet buat itu adalah satu ketelanjuran. Ini kerana sering dihebahkan kuasa raja dikembalikan kepada rakyat sedangkan sebenarnya kuasa Raja diambil oleh PM.

Anwar Ibrahim juga berkata, Konsep kekebalan Raja-Raja ini turut diamalkan oleh negara yang amalkan Republik seperti Amerika Syarikat di mana status itu Presiden yang dapat.

JH tidak setuju dengan pandangan daripada Teh Tarik bahawa tidak perlu raja lagi anatara alasannya ialah


Di Jepun,jika Maharaja melanggar lampu isyarat,dia akan disaman.Maharaja Jepun juga tidak dibenarkan membuang sampah sesuka hati.

soalnya sama ada Raja ke PM ke mereka adalah manusia juga yang sering buat salah. Kalau mereka tak dihukum di dunia ini oleh manusia, biar Tuhan saja yang hukum. Jangan cakap oh kalau jadikan pemerintahan Malaysia ini Republik, maka pemerintahnya takkan buat salah, mereka manusia! Bukannya malaikat!

Manusia ini ada dua perangai satu perangat malaikat yang baik dan satu lagi perangai iblis-syaitan laknatullah.

Menurut kenyataan Teh Tarik,


Kalau raja-raja di Malaysia masih lagi bertindak seolah-olah menghabiskan wang rakyat semata-mata,lebih baik republik daripada macam ni.Kalau kegawatan ekonomi,elaun mereka harus dipotong juga!



jawapannya , sebab itu kedaulatan Raja-Raja perlu dikembalikan dan JH sokong dengan hasrat murni Pakatan Rakyat. Bila Raja-Raja Melayu dah dikembalikan peranannya yang asal barulah tak membazir. Janganlah elaun mereka hendak dipotong, soal rezeki itu adalah keizinan Allah. Kita tidak boleh cuba menidakkan rezeki yang orang lain dapat sebab itu adalah urusan Allah, Allah yang izinkan. Contohnya kalau Teh Tarik dapat gelaran Datuk jadi Datuk Teh Tarik Gelas Besar, JH tak wajair menidakkan rezeki yang Teh Tarik dapat sebab itu adalah keizinan Allah. Kalau dibayar elaun pun takkan membazir wang rakyat sebab duit itu pun akan berpusing di Malaysia juga, kalau Raja beli belah di luar negara pun duit utu akan berpusing ke urusniaga antarabangsa.

JH mau Raja-Raja Melayu mesti memain peranan penting dalam sistem perintahan negara kelak. Menurut ANwar, pakar undang-undang akan beliau rujuk untuk meneliti bagaimana isu kekebalan hak Raja-Raja boleh diketengahkan supaya tidak berlaku pertindihan ketegangan antara Istana dan Eksekutif.

Adakah cukup peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sudah melambangkan kekuasaan Raja-raja Melayu? Biar apa yang kita belajar itu yang sepatunya terjadi dalam realiti, bukannya propaganda bertahun-tahun buku teks Sejarah Malaysia tetapi tidak terjadi sebenarnya dalam keadaan sebenar.

Kalau Teh Tarik nak jadikan Malaysia ni sebagai Republik pun negara sekarang dah mirip Republik, cuma satu je hajat Teh Tarik idamkan belum terlaksana iaitu Raja Melayu masih di istana negeri dan Agong di Istana Negara.

1 ulasan:

Ez the Conspirator berkata...

Malaysia tak sama dengan Netherland,Jepun,Saudi Arabia,British..

They all ada 1 raja,Malaysia ada 9.

It's impossible to be republic,especially dengan perangai Melayu yang suka bergantung ngan something yang they all dah biasa.They all ni semua conservative,takut untuk perubahan.

Ratu Britain, Maharaja Jepun, Sultan Brunei, Raja Saudi Arabia adalah raja yang berjaya dalam peranannya dan seimbang dengan PM kat negara itu.

Queen Elizabeth or Emperor Akihito mungkin betul Hafiz,but not Sultan Brunei or King Abdullah.

Brunei and Saudi Arabia is a failure state of monarchy.Why?Because Saudi is hypocrite,Brunei,cuba tengok Putera Azeez,menghabiskan duit rakyat 2 million pound for his birthday.Yang macam tu ke you nak?

For me,I prefer King to shut the hell up from politics,and only waves to people at their evening tea party.

Somehow in Malaysia,raja ni terlalu banyak diinvolve dengan politik,especially UMNO yang suka gunakan raja untuk defend ketuanan Melayu they all.