Isnin, 11 April 2011

P.Ramlee,Sudirman, Anwar Ibrahim: Ikon pejuang sejati yang tidak utamakan wang ringgit

P. Ramlee, Sudirman adalah nama yang paling gah, paling besar dalam industri hiburan Malaysia. Manakala Anwar Ibrahim adalah antara nama terulung(sejak dulu, kini, dan akan datang) dalam arena politik tanahair. Mereka berada dalam hirarki orang yang paling berjaya dalam bidang masing-masing dan pernah kecundang dalam apa yang mereka lakukan.

Ketika tulisan santai ini ditulis, P.Ramlee dan Sudirman sudah lama tiada di dunia lagi, manakala Anwar Ibrahim sihat, hidup dan masih berjuang hingga kini. Ketiga-kiga ikon ini tidak perlu perkenalkan lagi sebab saya yakin pembaca tulisan ini majoritinya sudah kenal mereka dan apa yang telah mereka kerjakan, lakukan dan sumbangkan untuk negara ini.

Namun apa yang saya hendak ulas di sini adalah menariknya tentang mereka ini adalah persamaan mereka. P.Ramlee, Sudirman dan Anwar Ibrahim ketiga-tiganya memfokuskan perjuangan untuk rakyat Malaysia dalam bidang yang mereka ceburi, bukan wang semata-mata. Bukan nak kata mereka langsung tak mahu wang, menipulah. Siapa taknak duit untuk membeli barang keperluan, nak hidupkan. tetapi mereka tidak terlalu taksubkan wang, tidak menjadikan wang faktor utama dalam kehidupan mereka, perjuangan

Sama ada percaya atau tidak itulah hakikatnya dan kita kenalah terima realiti yang telah mereka berjuang, rakyat diutamakan. Saya tidak sempat jumpa P.Ramlee dan Sudirman, P.Ramlee meninggal saya belum lahir, Sudirman meninggal saya baru darjah dua. Manakala Anwar masa kerja reporter tabloid tengok dari jauh, bila berhenti jumpalah beliau di Hentian Bukit Merah Semanggol, dia dengan bodyguard dia. Saya bukannya peminat fanatik Anwar, malah saya tidak cenderung dengan perjuangan parti PKR Ketua Pembangkang itu kerana saya sudah ada perjuangan yang saya telah pegang.

Tetapi berdasarkan kata-kata mereka yang saya baca dalam tulisan, maka keyakinan saya mengatakan mereka berjuang ke tahap demikian adalah tidak salah. Mungkin sesiapa yang membaca tulisan ini mempertikaikan, kenapa bila baca tulisan orang dah boleh judge sampai macam tu. Jawapan saya, mari kita berfikir yang baik, bercakap yang baik, jangan ada rasa sangka buruk pada sesiapa.

Sekarang mari kita kaji apa yang pernah P.Ramlee kata pada seniman Aziz Satar pada usia mudanya. Ini dipetik dalam majalah Massa tahun 1998, yang ada gambar P.Ramlee muka depan dia. Dia kata,"perjuangan seniku adalah untuk masyarakat,". Dan benarlah apa yang diungkapnya, buktinya, beliau semakin miskin, tidak cukup wang untuk makan, sampaikan pernah makan nasi berlauk telur ketika di penghujung hayatnya. Tiada rumah, kereta, wang atau apa jua yang ditinggalkan untuk warisnya, tetapi hasil karya seninya yang merupakan ilmu pemikirannya adalah untuk santapan peminat selama-lamanya.

Yang paling menarik, P.Ramlee pernah menolak tawaran jawatan Menteri Kebudayaan. Kalau beliau bersifat kebendaan, tentu beliau main sapu je. Tapi P.Ramlee bukan macam itu, beliau ada prinsip, berpegang kepada perjuangan.

Sudirman juga mengambil pendekatan tidak menjadikan wang sebagai habuan uatama dalam hidupnya. Ketika mula-mula menyertai EMI pada tahun 1978 beliau pernah berkata bahawa beliau mahu jadi penghibur rakyat. Dengan kebanyakan lagu-lagunya berkisar rakyat markaen, apa yang pernah diucap itu dikotakan. Pada 15 April 1986, beliau pernah menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.

Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.

Sudirman adalah artis pertama Msia membayar zakat sebanyak RM 1 juta. Ekonomi negara pada tahun 80-an yang baru nak naik bukan alasan untuk beliau kedekut. Beliau mengakui wang bukanlah segala-galanya sampai hendak disimpan sampai bila-bila tetapi mesti dibelanjakan ke jalan Allah.

Anwar Ibrahim, walaupun bapanya aktivis politik parti kerajaan, sejak kecil beliau dah dididik agar tidak bersikap kebendaan. Ketika jadi Mahasiswa UM pada sekitar 70-an beliau pernah membuat tunjuk perasaan isu Baling sebab membela rakyat miskin. Malah kerana tidak mahu menjadi pak turut beliau rela bertindak melaksanakan apa yang kontra dengan PM ketika itu, Tun Dr Mahahir Mohamad. Kalau beliau sayangkan jawatan, pangkat, kedudukan, wang ringgit, tentu beliau buat tak kisah je. Dan patutnya kini sedap duduk di kerusi empuk yang lebih selesa.

Malah ketika berucap di dalam ceramahnya, beliau mendakwa kalau nak dapatkan wang semata-mata,PKR bukanlah tempatnya. Setiausaha politik MB Selangor Khalid Ibrahim, iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui bahawa pada mulanya beliau risau dengan ajakan Anwar agar terlibat secara sepenuh masa dengan politik kerana terpaksa mengorbankan kerjayanya yang selesa di Permodalan Nasional Berhad(PNB). Malah beliau bimbang tak dapat bayar hutang pinjamannya. Namun Anwar kata apa"Itu pandai2 sndirila, kalau betul2 nak berjuang mari sertai saya menegakkan keadilan" mcam tula bunyinya Nazmi flashback balik apa yang Anwar katakan.

Begitulah persamaan ketiga-tiga ini yang menarik bagi saya. Apa yang mereka lakukan ini benar-benar menentang arus. Zaman sekarang majoriti orang utamakan wang semata-mata, tak kira haram pun x pe. Malah ramai yang sanggup menganiaya orang lain semata-mata terlalu mengutamakan duit. Maka ketiga-tiga ikon ini saya benar-benar kagumi kerana mereka melakukan perkara yang kebanyakan orang tak mahu melaksanakannya.