Rabu, 22 Julai 2009

Pertemuan dgn Chegu Adam...

Pada hari ini 22 Julai 2009, aku telah menemui guru sekolah lamaku,guru Seni Lukis, CHegu Adam di PPD Hulu Langat. Walaupun dia tak pernah ajar aku, tapi aku dah tau dgn penglibatan luas dalam drama sekolah ketika itu.

Kini dia mengajar di SMK Damai, masih sekolah daerah Hulu Langat. Kini sekolah aku SMK Taman Tasik bakal berentap dgn sekolahnya dalam pertandingan drama sekolah Hulu Langat minggu depan, alamak akhirnya aku brtemu otai...masakla SMK Taman Tasik nak lawan pengalaman luas Chegu Adam...

Takpe itu satu cabaran

Sabtu, 11 Julai 2009

30 Julai tarikh mendebarkan

Menjelang 30 Julai adalah tarikh yang ditunggu, pertandingan drama sekolah BM Komsas Daerah Hulu Langat di SMK Bandar Baru Bangi di mana skolah ku ngajar, SMK Taman Tasik menghantar wakil menyertainya.

Walaupun aku bukannya pengarah tetapi pelajar, aku ttap rasa debarannya apatah lagi aku guru yang setiap hari memantau latihan lakonan pelajar. Kalau pengarah takde aku yang jadi pengarah. Kalau bbudak ada, biar diorang buat aku takmau campur kecuali diorang mintak nasihat aku, boleh, biarkan diorang berkreatif sendiri, aku takmau jadi kuku besi, nak kontrol semua, skadar pantau cukupla.

Memandangkan tahun lepas SMK Taman Tasik muncul juara peringkat daerah(masa aku takde lagi) jadi aku ambil pelakon2 drama diserapkan ke bahagian pengurusan, biar diorang bentuk pelajar baru yang fresh ni.

Memang berat tanggungjawabku, guru tahun lepas dah pindah jadi tugas aku pula nak pertahankan kejuaraan daerah dan skaligus mahu mencipta cita-cita menang ke perigakt seterusnya negeri dan kebangsaan. Mudah-mudahan...Amin!

Isnin, 6 Julai 2009

Comeback to arena of theatre- antara duka dan gembira

Menjelang persembahan Cakap Rakyat di malam seni rakyat Kajang di mana korang boleh klik http://cakaprakyat.blogspot.com/2009/07/malam-seni-rakyat-di-kajang.html#comments, aku dah melobi kepada penganjur show iaitu Pn Sham memula dan kemudian En Fendi. Fendi ni dah banyak kali aku tel, dia kata aku boleh buat persembahan takde masalah. Tapi sebelum tu dia risau soal bayaran, aku tanya dia, nak buat show pun kena bayar ke? lalu dia cakap tak payah, tapi dia risau bayaran tak cukup. Aku cakap"Encik, show saya saya sendiri tak perlu dibayar. Saya takmau duit" . Wah dia pun dalam telefon bukan main suka lagi. Dia janji dia telefon apa-apapun.

Tapi dia tak pernah telefon, asyik aku je yang telefon, bull shit! Memang penipu, di malam shownya dia kata apa"oh banyak nak buat show tapi ditolak, show dirakamla apala, bull shit. Memang promoter ni suka menipu, bukan sbab dia menipu pasal bayaran, tapi menipu janji nak bagi buat show last2 dia bagi alasan tak tolak show ni. F*ck! Bagi aku senang je, harimau di hutan makin pupus, biarkan dia mampus.
Memang dasar promoter penipu, aku dah prepare dengan paperwork, siap mintak member aku buat paper work, tapi bull shit agak.

Namun, pada masa yang sama, aku dipertanggungjawabkan mengendalikan latihan teater sekolah menengah Komsas, iaitu 'Angin' drama tingkatan 2 KBSM nye. Sebab ni pertandingan mewakili daera, so kena pastikan aku di bbudak bawahku dapat pulun abis agar dapat menang ke peringkat seterusnya.

Kemudian aku dihubungi mengenai pelobianku tentang monolog yang sama di mana aku berurusan dgn member tempat keja lamaku mengenai permohonan itu. walaupun member aku yang juga pengarah dan penulis skrip monolog itu; blogger Teh Tarik kata dah proceed, namun aku masih menanti sebarang jawapan yang berkemungkinan selepas ni.

Adakah aku dah kembali menemui cintaku?