Isnin, 23 Februari 2015

Daerah Menuan di Bahagian Kapit Sarawak

Menuan  adalah antara kawasan atau daerah kecil dalam Bahagian Kapit, Sarawak. Untuk memasuki kawasan ini  biasalah dalam Kapit memang tiada jalan darat yang ketika artikel ini ditulis masih  belum siap.  Pengunjung perlu melalui jalan sungai yang dikenali sebagai Sungai Menuan

Di  sini ada  sebuah sekolah rendah pedalaman yang dipanggil SK  Lepong Menuan, Kapit.

Dalam sekitar 10 km dari sekolah itu terdapat kampung orang Iban yang dipanggil Rumah Panjang Seli. Menurut  cerita  orang tempatan, kampung ini mula dibuka  secara rasmi pada  tahun sekitar  1950-an  hasil orang Iban dari kawasan lain  di pulau Borneo  termasuk  Kalimantan  Indonesia. Mereka berjaya  menjejak  dan menginap di sini setelah berjaya mengusir Jepun yang kalah pada Perang Dunia Kedua  sekitar 1945. Dari  dulu sehingga kini mereka bekerja  sebagai   petani  dan nelayan . Mereka menjual hasil tani mereka  ke pasar besar pekan Kapit 


Rumah  panjang  mereka  diubahsuai  daripada rumah papan kepada rumah batu



 Namun mereka  masih mengekalkan ciri asal rumah panjang iaitu berkongsi  beranda  antara  rumah-rumah keluarga yang bersebelahan.


Memandangkan  di  sini  tiada  jalan  darat untuk   laluan kereta  atau motorsikal, maka  setiap  keluarga  wajib mempunyai  sekurang-kurangnya  sebuah  perahu  sebagai  pengangkutan mereka


Sabtu, 17 Januari 2015

CARA NAK BUAT RAYUAN EG TUKAR GURU



CARA NAK BUAT RAYUAN DALAM  EG TUKAR YE. cpy paste biasele
1) Sediakan satu surat rayuan format surat rasmi macam biasa. Tujukan surat terus ke unit men or unit ren masing-masing. Boleh je nak letak nama pgawai atau pun tak. Jika nak letak elokknya letak nama ketua unit men dan ketua unit ren.
ketua unit menengah en haris bin yahaya
ketua unit rendah en sohimi bin othman
KPP unit menengah dr jafri bin abu
Sektor Pengurusan Sekolah Menengah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nombor fon 0388849500
Nombor faks 0388886673
Sektor Pengurusan Sekolah Rendah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 3, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kenalkan diri, nombor IC, nombor siri pertukaran, dari mana nak ke mana.
Nyatakan tujuan utk merayu dan jelaskan secara ringkas alasan ingin bertukar.
Melalui Pengetua/Gb ataupun tidak melalui pengetua/Gb itupun bergantung kpd cikgu sendiri. Jika pengetua/Gb cikgu sangat-sangat membantu, boleh buat melalui pengetua/GB dan surat SEELOKNYA ditandatangan oleh GB/Pengetua masing-masing dengan sedikit ulasan seperti 'disokong' 'mohon dipertimbangkan' dll.
TETAPI JIKA TIDAK MELALUI PENGETUA/GB DAN TIDAK MENDAPAT APA2 TANDATANGAN GB/PGETUA DI SURAT RAYUAN JUGA TIDAK MENGAPA.
Dalam surat tersebut, boldkan alasan ingin bertukar supaya mudah dibaca oleh pengawai KPM.
*** Contoh beberapa surat rayuan ada dalam fail group yang dikongsi oleh ahli-ahli. boleh juga lawati blog http://cikgushasaz.blogspot.com/…/contoh-1-surat-rayuan-egt…
2) Kepilkan surat rayuan bersama borang egtukar dan semua lampiran bukti yang lain. Surat gagal dlm egtukar online tu xperlu letak pun.
3) Boleh pos, faks or pergi sendiri ke KPM. Rujuk post sebelum ini untuk dapatkan direktori men dan direktori rendah KPM.
p/s : tukang post nih pun masih gagal tetapi sekadar ingin berkongsi cara merayu untuk guru-guru yang mungkin tak biasa buat. Rayuan ada ke takde itu belakang kira. Buat jer jika benar-benar nak tukar.