Ahad, 11 Januari 2009

Sajak: Aku menjadi insan penerang

Sajak: Aku menjadi insan penerang

Cita dihati nak berbakti menyumbang
Sudut yang kelam malam kukasi terang
Memberi cahaya agar tak terhalang,
Menyuluh hati supaya suka dan girang,

Aku genbira bukan kepalang,
Kerana dapat menjadi bintang,
Menyinari sanubari bukan kepalang,
Merapatkan yang mana jurang


karya asli: Pria Lembayung

Rabu, 7 Januari 2009

Al-kisah Santai 1

Siri karya kreatif The Masterpeace Of Malaysia

Al-kisah,

Suatu hari semasa aku berjalan-jalan di sekitar kampungku, Batu 1 Kampar, Perak, aku terlihat seorang budak lelaki yang nampak macam budak belum sekolah sedang mengayuh basikal.

Lantas aku menegurnya "Dik, tayar basikal adik berpusing,". Budak tu serta merta kalut dan memberhentikan basikalnya.

"Tayar pusing? Kat mana bang?," dia bertanya dalam kalut.

Lantas aku pun jawab,"Apalah adik ni kan adik tengah kayuh basikal memanglah tayar basikal berpusing," hwah, hwah, hwah aku berjaya kenakan dia.

Lalu budak itu pun tercengang kehairanan dalam kesengalan.

Hwah, hwah, hwah(666 kali)

Selasa, 6 Januari 2009

Jangan terlalu taksub pemimpin dan selebriti

Tindakan taksub atau memuja-muja kepada pemimpin di kalangan manusia biasa bukanlah perkara baru dalam sejarah kehidupan manusia. Dari zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Musa di mana Namrud dan Firaun sudah diagung-agungkan oleh pengikut masing-masing.

Soal penganut sesebuah agama langit yang menganggap seorang Nabi mereka(sebelum Nabi Muhammad, nak sebut siapa Nabi tu pun faham sendirila) menganggapnya sebagai anak Tuhan kerana lahir tanpa ayah juga menunjukkan pemimpin diagungkan, cuma topik ni melibatkan agama jadi penganut agama ini lebih faham. Aku pun baca di buku Sirah Nabi gak tapi yang lebih tau penganut agama itu dan manusia yang wujud di zaman itu. Aku tak mau cakap agama lain punya dasar.

Namun apabila Nabi Muhammad menjadi pemimpin kerajaan Islam di Semenanjung Arab dan jajahan, baginda berjaya menjadikan dirinya tidak begitu diagungkan dan penganut agama Islam lebih difokuskan Allah(Tuhan) yang berkuasa layak disembah bukan diri baginda sendiri. Itu sebabnya baginda larang wajahnya diukir, dipotret mungkin kot! Meskipun baginda paling disayangi Allah tapi baginda cuma mau dirinya dikenali sebagai pesuruh Allah, tetapi tetap manusia biasa macam penganut Islam yang terdiri daripada manusia, tak boleh disembah. Walaupun baginda orang nampak hebat berkarisma tapi beliau mahu penganut Islam fokus sembah Allah, dan dirinya tak boleh disembah, hanya Allah wajib disembah.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, dan diganti empat Khalifah al-Rasyidin mengikut zaman, bila tang Khalifah akhir iaitu Ali Bin ABi Talib sudah ada penganut yang terlalu sanjung Ali yang merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad, sampai wujud fahaman Syiah.

Sekarang baik aku langkau ke zaman ini. Pada masa kini tindakan mengagung-agungkan pemimpin masih terjadi di kalangan masyarakat dunia. Bukan aku nak salahkan mereka yang taksub pada pemimpin tapi janganlah pemimpin itu hendak diagungkan, samapi letak gambar di dinding, lepas tu kalau pemimpin tu ada sedikit kekurangan bila ditegur oleh pihak lain maka marahla peminat fanatik pemimpin tersebut.

Ingatlah pemimpin ni manusia so kita yang melihat kesilapannya perlu menegur kesilapan itu dan peminat fanatik jangan pula melenting. Sebelum ini aku ada menegur kekurangan seorang pemimpin kira yang dikenalila seorang tokoh aktivis perjuangan sesebuah fahaman begitu kepada seorang peminat fanatik pemimpin berkenaan dan ideologi yang dipegangnya. Bukan main marah lagi dia lalu cakap"Jangan kutuk pemimpin aku"

Come onla. AKu kritik bukan nak hentam tapi aku berhasrat nak baiki. AKu pun bukannya sempurna pun aku tak marah kalau orang kritik aku asalkan kritikannya membina dan tidak singgung perasaan aku. Tapi janganlah kerana anda terlalu sukakan pemimpin tersebut dan suka fahaman yang dia bawa kalau ditegur tentang kelemahan, peminat yang fanatik ni marah bukan main.

Pemimpin ni memimpin masyarakat dan nak jadi contoh kepada rakyat so kena tunjuk contoh yang baik kalau boleh serba-serbi, apatah lagi kalau pemimpin parti politik. Kalau pemimpin politik tersebut terkantoi orang lihat kelemahannya maka pihak lawan akan kritik, janganlah marah. Orang kritik sebab nak baiki bukan nak hentam. Itu akula kalau orang lain.

Pemimpin ni samala macam selebreti, macam penyanyi, pelakon yang jadi milik masyarakat. Janganla bila dikritik yang melenting adalah peminat fanatik, kena kaji dulu kenapa orang kritik artis pujaannya. Jangan terus marah emosi menyinga, terutamanya peminat fanatik seseorang artis tersebut.

Pendek kata yang boleh kita agungkan sepatutnya adalah Tuhan, yang mengurniakan anda pemimpin yang hebat berkarisma dan artis yang menyebabkan anda minat siang malam lagunya, lakonannya persembahannya....

Orang yang anda minat tu menjalankan tanggungjawabnya atau lebih tepat lagi tempat dia korek periuk nasi

Dan sepatutnya kalau anda netul sayangkan pemimpin atau artis yang anda suka sangat, kalau dia buat salah dan anda nampak, sudah jadi tanggungjawab anda tegur salahnya, supaya dia tidak terjerumus ke persimpangan songsang nanti. Janagan sebab anda suka, oh anda takut nak tegur sebab takut dia kecik hati.

Tegur ni tandanya sayang, macam marah-marah sayangla!