Isnin, 22 Disember 2008

Sambutan hangat teater 'Bilik Sulit'



Terima kasih kerana sudi menjengok.

Di sini aku nak ceritakan pengalaman aku menonton teater 'Bilik Sulit' arahan Hishamuddin Rais ni.

Aku memang dah lama ternanti teater yang siri pementasannya dibuat kali kedua sejak 2004 lalu. Sejak belajar teater di USM aku dah tengok teater dah banyak teater aku tengok nilah teater paling gempak sebab ianya kisah benar bukannya fantasi atau fiksyen macam teater lain aku tengok.

Memangla gempak dia cerita pasal ISA yang memang ramai rakyat Malaysia tentang sebab faham-faham jela. Teater ni bebanr-benar membawa penderitaan mangsa ISA so sebab itu aku percaya ramai akan lebih simpati terhadap mangsa tahanan ISA termasuk mereka dan keluarga mereka!

Bila dan baca iklan ni kat akhbar Suara Keadilan isu 160(dapatkan ulasan sensasinya dalam isu 161) dan di blog, aku lantas ambil keputusan nak tengok.

Pertama aku adalah graduan Drama & Teater USM walaupun sekarang aku belum lagi berpeluang terlibat dalam bidang yang aku minat dan belajar di USM ni aku tetap support seni dan persembahan dengan tak miss setiap kali persembahan bangsawan anjuran Keekwa, teater DBP, Festival Teater Malaysia punya teater.

Kedua drama kali ni adalah lebih propaganda politik Malaysia kerana ceritanya gambaran kisah benar pahit mereka yang dianiaya dizalimi oleh mereka-mereka yang berkenaan sebab itu aku beria-ia nak tengok.

Kiranya teater ini memang benar-benar memenuhi citarasa akula. Pertama aku memang minat senilakon dan aku dah menceburinya tahun 1995 kita sekolah rendah sehingga aku berlakon drama purba "Dendam Berdosa" arahan dan skrip guruk kelas aku Cikgu Rahim jadi hero, masa tu muka aku nampak baik tak macam sekarang terlebih baik. Kumpulan aku menang johan ke peringkat Zon Cheras tapi terpeleo't ke peringkat Daerah Hulu Langat.

Pada tahun yang sama aku mula minat politik masa tu PRU 10, aku darjah 5 aku suka baca buku teks pinjaman Alam Dan Manusia ada cerita sejarah ada gak dia sentuh sikit sejarah parti Umno, dan mengenali parti Pas, Parti Negara dsbgnya dalam PRU 1 1955.

Okeyla cukup sejarah aku, mengenai sambutan penonton terhadap 'Bilik Sulit' memang gempak untuk satu malam dalam 100 orang, kira okeyla. Show pun berbayar derma RM 10 untuk keluarga mangsa tahanan ISA. Dewan Majlis Peguam pun bukannya besar dan luas sangat.

Teater ni agaknya tak taula diorang jemput media ke tidak sebab Suara Keadilan(SK) tak dapat jemputan pun. Aku anggap kedatangan ku ke sana adalah sebagai peminat teater walaupun aku bawa press card sampai orang sana terpinga-pinga bila tengok wartawan Suara Keadilan(akula) datang dan meminta aku menulis buku pelawat khas media.

Tapi kalau aku tak buat tugasan untuk akhbar SK aku akan tetap datang kalau aku dapat tau. Sebabnya aku adalah graduan merangkap peminat teater so aku tetap support baik teater kerajaan ke pembangkang ke.


Ulasan aku ni dalam blog memang santai serabut kacis je.

1 ulasan:

Ez the Conspirator berkata...

eh i pernah berlakon theatre..tapi i minor aje..hik hik!

good!nice article!