Sabtu, 27 Disember 2008

Pahit dan manisku , selamat tinggal 2008!

Dah nak masuk 2009 ni, Insya-Allah kalau aku panjang umur aku akan mengharungi perkara baru dan mencipta sejarah baru. Tapi baik kalau aku imbas balik beberapa peristiwa penting dalam hidup aku pada tahun 2008.

Awal Januari 2008 : Assistant Store Manager Jusco South Cheras, Kak Aida kata bahawa tak lama lagi siapa yang kerja lama di Jusco dalam tempoh setahun, maka dia akan dicomfirmkan. Aku yang kerja sebagai Sales Assistant dah muka kecut perut sebab tak mau kekal kerja di Jusco. Lalu aku pun buat notis berhenti sebulan. Alasan aku ialah nak pergi ke Penang, tolong projek akhir bebudak junior aku, kira dalam plan jugakla.

Pada 26 Januari member sekerjaku, Atiliya masa kami lepak di belakang stor, dia melihat dahi kiriku ada rekahan, macam berkawah gakla, dan pada masa yang sama aku dah mula rasa demam menggigil, aku tunjuk kat Kak Aida, lalu dia kata aku kena demam cacar ayam(chicken pop). Dan dan dia suruh aku cuti dan jangan datang kerja lagi, suruh abiskan segala cuti yang ada sampai hari terakhir aku kerja pun disapu sekali, kalau aku sembuh pun memang aku patut abiskan cuti, cuma nak tambah MC lagi.

Malam tu aku pun minumlah air kelapa. Nak tau apa jadi esoknya bermulalah saat yang paling menakutkan dalam hidupku. Memula badanku sakit dan gatal, lepas tu kaki dan akhirnya MUKA.
Ternyata selama ini wajahku yang sering kutatap sambil tersenyum sudah tidak seperti dahulu.

Aku tak sanggup tengok wajahku yang sangat hodoh kerana menggerutu dahla tu sakit.
Aku menderita cacar ayam selama sebulan sebelum sembuh sikit-sikit. Batalkan hasrat ku nak kembali ke USM

Bila akhir bulan Februari dan nak masuk bulan Mac aku yang dah jadi penganggur terhormat pun mula bersedia menjadi pengundi pada pilihanraya umum 8 Mac 2008. Aku rasa ok gar sebab bila dah tanam anggur takde halla nak urus masa mengundi.

Aku dan emakku berbalah sebab aku nak pangkah parti yang satu tapi mak aku nasihatkan aku supaya pangkah parti ini sebab aku belum kerja. Atau pun lebih baik takyah undi langsung. Naik pening aku dibuatnya. Lepas tu Si Blogger Teh Tarik pun datang ke rumahku dari Seremban, dia kata kalau aku tak undi, maka namaku akan dijadikan sebagai pengundi hantu oleh SPR. Kepala hotaklah! Aku masih hidup tak jadi hantu lagi.

Akhirnya masa tiba di kotak undi lutsinar di sekolah kami SMKCP, aku mengambil keputusan memangkah parti yang aku nak untuk kerusi Dun, dan parti yang mak aku sarankan untuk Parlimen, baru fair and square.

Dan akhirnya kita pun tau keputusannya......

Aku yang jadi penganggur dan asyik mohon kerja sana sini, berapa banyak duit fotocopy lepas tu mintak cop sekolahla, biasala. Macam2 kerja aku mintak yang swasta yang kerajaan, last-last aku dipanggil oleh Amiux Co (M) Sdn Bhd, syarikat yang jual Kamus Elektronik namanya BESTA, aku pun dipanggil kerja dari 4 hingga 13 November di Bangunan UMNO,PWTC. Memang sengal gak p situ tapi lantakla.

Aku pun berceramahla jadi Perunding Produk sampai naik letih kematu aku nak promot kamus tu. Tak payahla nak bagitau berapa sales aku dapat. Lepas tu diorang janji nak panggil aku kerja, nak serapkanla tapi haram! Dah dua tiga bulan tunggu takde kerja. Aku telah tertipu oleh Besta! Mungkin diaorang rasa aku tak cukup buat sales kot maka dia tak panggil. Takde rezeki!

Lalu aku tanam anggur balik, seksanya malunya aku di mata masyarakat. Aku dah berapa kali amik test SPA, KPLI,DPLI, tapi asyik bungkus je! Kerja kerajaan memangla kena amik test.

AKu dah 4 kali ditemuduga Jusco sebagai Managment Trainee tapi hampeh! 2 kali masa jadi Sales Assistant dan 2 kali masa aku bersara awal, entahla masih tak melekat lagi. Malangnya nasibku. Aku dah banyak kali hantar resume kat TV3, Skop Production, GBSB, TUSB, Astro, tapi tidak pernah meggembirakan.....dukalara.

Akhrnya akupun dipanggil oleh Suara Keadilan pada bulan Ogos, memang cantik masa pilihanraya Permatang Pauh pulak. Memula jadi reporter, jumpa MB Selangor, jumpa YB-YB Pakatan Rakyat lepas tu aku jadi proof reader, tapi kekadang buat assignment gak.

Sehingga kini coretan ini ditulis aku masih bekerja dan belum diconformkan lagi. Satu je aku harap lepas ni aku tak tanam anggur lagi pada tahun 2009. Memang seksa jiwa aku dibuatnya!

Selamat tinggal 2008, moga tahun 2009 bakal murah rezekiku. Moga hidupku akan lebih bermakna dan bertambah bahagia hendaknya.Amin!

2 ulasan:

Penjejak Badai berkata...

aswara pa cita?

RY berkata...

selamat tahun baru..

wah, tukar lagi nama..

huhu

peace!