Isnin, 15 Disember 2008

jumpa bekas dekan, rindu pulak kat Pusat Pengajian Seni, USM











Pada malam 12 Disember lalu di Balai Seni Lukis Negara aku hadir di malam penghargaan media merangkap pelancaran taqwim Aktiviti Balai Seni Lukis 2009 dan majalah Senikini .
Yang bestnya pelancaran itu dijalankan oleh Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Dr.Najib Ahmad Dawa.

Untuk pengetahuan, Najib Dawa adalah bekas Dekan Pusat Pengajian seni USM dari tahun 2002,2003 sampai 2007. Bila aku tamat pengajian di USM tahun 2007 diapun ditukarkan ke sana.

"Bila saya jumpa Prof ni saya teringat USM," aku meluahkan perasaan dan dia tertawa mendengarnya.

Sebut pasal USM aku teringat Panggung Sasaran yang merupakan hostel kedua aku dan kengkawan yang digelar Geng Sasaran oleh aku sendiri. Aku juga teringat tutor yang rapat dengan kami, Roslan Chin. Aku panggil dia ayahanda! Dah lama tak telefon dia rindula pulak.

Aku seganla nak bagitau dia apa kerja aku sekarang sebab dia memang penyokong tegar Umno-BN. Aku juga teringat Prof Madya Dr.Samat Salleh, Dr.Sam.

Gambar bawah: Majlis penghargaan media di Balai Seni Lukis Negara
Gambar atas: Ayahanda Roslan Chin yang kurindui

2 ulasan:

RY berkata...

la, apa kerja ko sekarang?

RY berkata...

oo patutlah ko begitu taksub..

nyway, aku lupa nak bgtau. kerana entry perempuan membebel ko itu hari. kawan aku kat sabah sms aku. dia ckp dia suka kat entry ko.

kalau dia bukan dlm plan nak kawen, pasti aku kenalkan ko dengan dia yg mmg suka membebel 25 jam tu..