Selasa, 2 Disember 2008

Perbezaan Parlimen dan Majlis Syura

Seperti yang MRM janjikan, MRM akan terangkan perbezaan antara sistem Parlimen dalam demokrasi dan Majlis Syura di bawah sistem pemerintahan Khilafah/Islam


1. Fungsi

a) Parlimen: membuat undang-undang
b)Majlis Syura: Muhasabah, mengemukakan pendapat, melaporkan kezaliman pemerintah,
atau kakitangan awam

2.Keanggotaan

a)Parlimen: - dipilih oleh parti atau pemerintah
- orang kafir diterima tanpa syarat dan batasan
- Wanita, hanya PAS yang tolak sebelum ini


b)Majlis Syura - dipilih oleh rakyat
- orang kafir boleh mewakili golongan mereka dan terbatas kepada
aduan tentang kezaliman penguasa ke atas mereka
- Wanita, mubah sebab hanya memberi pendapat, memuhasabah, bukan
memimpin terutamanya menjadi pemimpin utama

3. Status dalam Majlis/Dewan

a) Parlimen : kebal di Parlimen, boleh cakap apa sahaja, tidak boleh disaman

b) Majlis Syura : Tidak ada apa-apa kekebalan, bersuara dengan hak, tidak boleh bebas
sesuka hati


4. Komposisi

a)Parlimen : Ada dua Dewan,Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua fungsi berbeza
sama seperti British

b)Majlis Syura : Satu Majlis sahaja

Tiada ulasan: