Untuk berjaya kena terus berjuang tanpa henti, jangan terlalu persoalkan apa jua yang hasil yang kita peroleh sebab kita cuma merancang, Dia yang tentukan, tetapi jangan putus asa daripada rahmat-Nya
Jumaat, 5 Disember 2008
Hidupku sunyi tanpa suara wanita
Ini sebenarnya adalah perasaanku yang terpendam sejak beberapa tahun lagi. Sebagai lelaki mungkin aku dan lelaki boleh bangga sebagai jantina pemimpin yang lebih berkarisma. Tapi aku tidak begitu taksub dengan fahaman kalau wanita, Feminisme. Aku percaya kebayakan lelaki cuma begitu.
Namun aku akui bahawa satu je perkara penting yang ada pada wanita tetapi tidak ada pada lelaki: membebel,berleter. Biarlah aku bercakap bagi pihak lelaki, sebagai lelaki aku tidak nafikan memang bingit telinga kalau dengar wanita membebel, baik mak aku, kakak aku, nenek aku, anak sedara pempuan ku,kawan pempuanku yang dulu-dulu.
Tapi bila mereka tiada di sisiku, aku rasa sunyi, aku rasa sepi, kosong, terdengar dengar akan gelak ketawa mereka, marah mereka , dan perasaan mereka yang lain. Sebab itu aku tidak Lelakisme, tetapi aku ni Jantan Man. Kalau di rumahku tanpa wanita punya membebel, hilang seri rumahku.
Terus-terang aku katakan bahawa tujuan utamaku sukakan secara peribadi(lelaki lain lantakla) aku bukannya kerana tubuh badan mereka, wajah mereka bagaikan bulan ke atau macam mengkudu tak masak, tapi aku sukakan bebelan mereka, leteran mereka kerana apa yang mereka bebel itula perasaan mereka.
Dulu masa aku bercinta aku memang sangap nak jumpa kawan aku, bukan nak tengok muka dia sangat tapi nak dengar suaranya. Memangla suara wanita aurat tapi janganlah samapai terangsang nafsu syahwat pulak bila dengar suara wanita, tu berdosa tu. Tapi aku berpeluang menyelami isi hati mereka. Lelaki kalau ada masalah kebanyakannya simpan, pendam, itu yang sakit tu.
Tapi bila aku tak dapat dengar suara kawan aku lagi(sebab tel rumah aku dipotong tak bayar bil, dia je selalu tel aku, aku tak tau no tel dia) aku rasa dunia ini sudah gelap kerana tak dapat dengar bebelan leterannya lagi. Itulah istimewanya wanita di hatiku.
Pempuan tak kalau dia lepas perasaan dia lepas tang tu jugak,tapi tengok orang jugak bukan jantina semata-mata. Ada pempuan yang menyimpan perasaan berpanjangan, ada yang ok lepas tu.
Mungkin kalau yang baca luahanku ni akan sarankan, carila girlfriend. Itu bukan soalnya kan aku nak cari jodoh secara Islamik. Tak payah cintan-mintan ni, orang tua carikan dah cukup kalau mereka ada calon.
Takpun jumpa je terus kahwin, betul! Dulu di sekolah ingat lagi aku tanya Ustazah"Ustazah boleh tak saya kalau jumpa sorang pempuan tu dan berkenan(sebab kuat membebel) dan terus kahwin?" lantas ustazah aku jawab "eh boleh,"
Tapi kalau ada yang tanya kenapa tak nak kawin sekarang, aku jawab satu jelah"Duit dalam bank ada 14 ringgit setengah, aku nak kahwin bermaruah" berdasarkan kenyataan aku tadi memang aku dah pasang niat untuk mahu berkahwin
Jadi soalnya memang aku nak cari pempuan sebagai teman hidup kerana satu je kuat membebel. Memang dari luaran ada yang pendiam, tapi yang diam ni bila kita dekatinya mulalah dengar ceramah mereka.
Kini aku masih dengar bebelan leteran pempuan di ofis, rumah, di memana jadi takdelah sunyi Kuala Lumpur ni. Ini ada sajak luahan hatiku.
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat tubuhnya,
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat wajahnya,
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat kemuliaanya,
"Kalau ku pilih kecantikan, nescaya kecantikan itu takkan kekal kelak kedut di hari tua
"Kalau ku pilih harta, kelak akan miskin merana,
Kalau ku pilih kemuliaan kelak kehinaan kudapat"
"Tapi ku pilih wanita kerana agamanya kelak berkat dunia akhirat,"
"Dan yang paling UTAMA ialah aku mahukan perempuan yang kuat berleter, kuat membebel"
"Tapi ku percaya kebanyakan perempuan begitu, nescaya akan hilang kesepian hatiku,"
Sebab itu kalau pempuan marah, membebel pada aku aku tak pernah marah, tak pernah dendam. Malah aku lebih suka menyakat dan mengusik lagi lagi marah pastu minta sorila. Ini kerana bebelan wanita itu majoriti lelaki takkan boleh lawan.
Pempuan ni kalau membebel tandanya sayang. Inilah hakikat yang kuterima tambahan pula aku kalau kesunyian keseorangan aku sering termangu-mangu dengar akan bebelan wanita.
Tapi jangan ingat aku ni sangap pemempuan sebab aku tidak sangap pempuan berdasarkan keperluan seksual sebagai keperluan utama. Tak dapat bertentang sebab jauh takpela asalkan dapat dengar suaranya, membaca warkah yang dikirimnya.
Kalau ada yang tuduh aku gay, itu adalah fitnah, kecuali kalau nak sakat aku lain cerita.
Sejak akhir-akhir ini aku sering merancang nak kahwin.Nampak sangat aku ni sangap nak dengar bakal isteri membebel supaya rumah tangga tak sunyi. Aku ni pun jenis bertimbang rasa. Aku ni memang suka sakat pempuan jadi memang kenala dengan taste aku.
Jodoh pertemuan di tangan Allah! Insya-Allah ada jodoh tak ke mana. Janji niat aku adalah kerna nak dapat keberkatan-Nya jugak.
Ah rindunya aku di zaman bercinta dulu.....
p/t: Sekali-sekala aku ikut gak stail Razor jangan mare beb
Gambar atas: Di zaman Si Jantung Hati ber'cinta' dengan 'girlfriend'nya, waktu itu Jantung memang nampak tua tak muda macam sekarang ni
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan