Untuk berjaya kena terus berjuang tanpa henti, jangan terlalu persoalkan apa jua yang hasil yang kita peroleh sebab kita cuma merancang, Dia yang tentukan, tetapi jangan putus asa daripada rahmat-Nya
Isnin, 17 November 2008
Umat Islam: Mangsa dan pemangsa
Assalamualaikum,
Penjelasan dua orang penulis blog, Ezreen dan Danail Perundang ternyata menyebabkan fikiran penulis melayang. Mereka menerangkan tentang bangsa yang beragama Yahudi. Lihatlah rencana mereka di bawah rencana ini,
Kepada teman-teman yang kunjungi tulisan saya, mesti pergi ke rencana mereka, baca ketiga-tiga tulisan(MRM,Ezreen,Perundang Daneil) moga dapat kongsi ilmu dan pandangan
Dalam ceramah agama, di sekolah dan buku-buku yang pernah dibaca sering menceritakan bangsa beragama Yahudi ini memang mahu terus memegang prinsip mereka secara turun-temurun. MRM sering memikirkan keadaan umat Islam sedunia hari ini di beberapa tempat yang ada masalah, walaupun kecil.
MRM sendiri pening kepala, adakah kaum beragama Yahudi ni diorang pilih nak jadi pengancam keamanan umat beragama Islam, ataupun memang mereka telah diramalkan akan maintain sifat mereka yang tajam menikam kalbu tu.
Agaknya sebab itula kaum yang beragama Yahudi ni dimarahi sangat oleh Hilter, sebab mereka "baik". Memangla bukan semua bangsa beragama Yahudi ni jahat dan kejam, tapi kebanyakannya begitu kejam, terutamanya pada orang Islam, dari mereka dengar kelahiran Muhammad sebagai nabi akhir zaman sampai sekarang.
Bila Obama lantik salah seorang berbangsa Yahudi dalam senarai menteri kabinetnya kelak, MRM cukup trauma(kata orang Utagha, seriau). MRM dapat tau pun melalui kawan yang sering berhubung dengan Obama melalui emel. Mintak-mintakla takde apa berlaku yang teruk pada orang Islam sedunia. Amin!
Dah 99 kali MRM kata tak benci bangsa beragama Yahudi, tapi tindakan mereka sepanjang zaman begitu benci orang beragama Islam, walaupun tak serang terang-terangan, tapi mencucuk di balik tilam. MRM tak boikot produk Amerika dan Israel(kalau adala)tapi masalahnya mereka sendiri yang masih enggan berdamai 100 %, mcamana MRM nak tabik spring mereka? MRM sayangkan bangsa beragama Yahudi yang sesama manusia, tetapi alangkah bagusnya kalau kaum beragama Yahudi ni semuanya sokong habis slogan "We want Peace"(nama MRM hahaha) dan ikut slogan itu terus.
Di Timur Tengah: Umat Islam di Palestin, Irag, Afganistan sering ditindas dan diseksa oleh kuasa imprealisme, namun tiada penyelesaian hingga kini. Rundingan damai sering menemui jalan buntu. Umat Islam di negara lain tak buat apa pun tengok je, malah OIC pun jadi "oh I see"
Sedang agama Islam yang mereka anut tidak ada mengajar supaya menuntut hak material atau keduniaan kaum sendiri, retorik je lebih padahal kaut harta untuk kroni. Benda yang tidak dibawa mati yang mereka kemaruk nak dapat.
Itu kisah umat Islam jadi mangsa. Umat Islam yang jadi pemangsa pun boleh tahan.
OSama Laden mengakui sokong peristiwa 11 September 2001, kata jihad, pandai sangatla Osama ni. Pandai cakap berjihad sampai nak musnahkan bangunan negara orang. Tak taula kot Mazhab dia ajar macam tu.
Lagi pengembom kedutaan di Bali, orang Islam buat memang MRM tak respek mereka.
Lagi masalah perang saudara di Iraq, Hammas lawan Syiah. Sampai sekarang macam tula juga. Bila nak habis?
Kerana itulah MRM sering tekankan undang-undang Islam wajar dilaksanakan sedunia, bukan undang-undang manusia yang sampai sekarang tiada kesan positif yang ketara.
Walaupun negara MRM takla huru-hara sangat(biarla Peace[nama MRM gak] long time)
Dalam rencana akan datang MRM akan terangkan tentang perbezaan undang-undang dari langit dengan undang-undang manusia. Kalau diamalkan undang-undang dari langit ni, takkan ada penindasan manusia lagi. Inila akibatnya pakai undang-undang manusia yang lemah dan tak mampu jamin keamaman 100%
p/s: Mintak maafla Razor. Tulisan MRM ni tak begitu ilmiah dan intelek sangat. Setakat fakta dan sejarah tu cari je kat memana. Ini pandangan peribadi MRM. Sekadar santai je sesuaila dengan pemikiran MRM yang tidak mahu terlalu tertekan dan skema macam nak tulis karangan dalam exam. MRM buat gaya santai, bukan skema entry, boleh kan Razor?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
aik...
kenapa ada p/s tu? kira ok la tu. ada perenggan dan tak banyak salah eja. siapalah saya nak tegur2 orang. tapi kalau dah terang2 salah, kena la tegur. tak gitu?
buka bab yahudi, sampai ke bali, balik ke malaysia ckp pasal mongolia etc etc. tapi topiknya pasal islam jugak kan? ok what..
ok, sekarang mudah saja. dari bercakap soal islam di arab, di singapura, malaysia, kedah, terengganu, cheras sampailah ke serata alam. tapi dalam diri kita bagaimana? (ok, jgn nak emo, saya bukan sindir sesiapa!). yg wajib bagaimana? yg sunat pula bagaimana? siapa kita atas muka bumi Allah swt ini? khalifahkah kita? bagaimanakah cara kita? sy suka MRM sbb ada dakwahnya. bukan mcm blog sy yg hanya cerita kehidupan saya yg ntah apa2 itu. sbb tu sy link blog MRM. penulisnya ada ilmu. dan mencari ilmu.
saya membesar dengan arwah atuk yg sgt beratkan soal agama. walau arwah penyokong pas, tapi dia x pernah nak paksa saya pilih mana2 parti. yg penting islam dulu subur dlm hati. semayang dulu sblm buat kerja lain. dah smyang, kalau xde kerja, bc quran. sbb itu juga di tuntut.
sy bukanlah ustaz. apatah lagi nak bercakap pasal yahudi, hamas, jihad, syahid; ilmu saya xstinggi mana pun. yg penting islam kita. sekadar atas kertas atau subur dlm jiwa.
hmm..komen saya x kena dengan topik entry kan?
tapi itu lah saya. saya cuma memerhati yang jauh saja. namun untuk bercakap, saya lebih kepada bercakap perkara2 yg dekat dengan saya. itu lebih mudah.
wallahu'alam
Catat Ulasan