Untuk berjaya kena terus berjuang tanpa henti, jangan terlalu persoalkan apa jua yang hasil yang kita peroleh sebab kita cuma merancang, Dia yang tentukan, tetapi jangan putus asa daripada rahmat-Nya
Sabtu, 1 November 2008
Norman Hakim ditangkap basah,wajarkah beliau bela diri?
Apabila pelakon filem dan TV Malaysia Norman Hakim ditangkap basah, beliau cuba menafikan bahawa belaiu bermaksiat dengan pelakon Mimie yang berdua-dua dengannya pada jam 2.30 di pejabatnya.
Beliau boleh menafikan berbuat maksiat dengan wanita lain, namun yang pastinya isterinya pelakon dan penyanyi Abby Adabi terluka kerana lelakinya ditangkap ketika berdua-duaan dengan wanita lain.
Kalau ikut hukum Islam dan kalau benar disabitkan kesalahan, beliau mesti direjam sampai mati sebab dah berkahwin. Maksudnya kalau Norman dilihat berzina dengan perempuan itu.
Bagi penulis Norman kena kaji apa tujuan sebenar perkahwinan dan pantang larangnya selepas bergelar isteri orang.
Norman wajar kaji kisah Mahsuri, seorang isteri yang difitnah bermaksiat walaupun niatnya adalah membantu orang yang memerlukan pertolongan walaupun orang itu memang bukan muhrimnya.
Sebab itu lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kalau nak berdua-duaan mesti ditemani mahramnya, untuk mencegah fitnah masyarakat. Tak guna nak mempertahankan diri tidak bersalah tetapi orang dah nampak berdua-duaan dengan individu dan dalam keadaan tidak sepatutnya.
Macamana nak buktikan yang anda tidak bersalah kalau Jabatan Agama Islam dah tangkap anda dan orang bukan muhrim anda berdua-duaan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
rasa mcm x percaya bila mata rakyat cungkil isu norman hakim. pada saya, perkara khalwat yang ditangkap (bukan difitnah) tidak perlu di backing2 lagi. sbb mmg ada syarat2 nak tangkap org khalwat. kalau cukup syarat, maknanya betol la dia berkhalwat. dan jgn pulak lupa maksud khalwat. jgn terus cop mereka ni tengah buat sesuatu yang x senonoh!
sekarang ni mcmana? nak kena kahwin ke?
Biler aku nak ker New York yer/
cepu emas sangat soalan ko tu heheheh ... tgklah kalau ada org sponsor aku pergi :D
Ala,macam la lelaki tak biasa buat.i dah biasa dah dengar2 benda macam ni..
Guys.
Kesimpulannya.
Jangan tengok kat ghupe yang kacak dan hensem je.Usha-usha la gak Hafiz dan Razor,mereka mungkin tak setampan Norman Hakim tetapi hati mereka sangat jujur hahahaha!
ala e...
x baik lelaki mcm tu e..x semua mcm tu.
ko silap mi, razor lebih tampan dari itu. hehe..
Catat Ulasan