Isnin, 23 Februari 2015

Daerah Menuan di Bahagian Kapit Sarawak

Menuan  adalah antara kawasan atau daerah kecil dalam Bahagian Kapit, Sarawak. Untuk memasuki kawasan ini  biasalah dalam Kapit memang tiada jalan darat yang ketika artikel ini ditulis masih  belum siap.  Pengunjung perlu melalui jalan sungai yang dikenali sebagai Sungai Menuan

Di  sini ada  sebuah sekolah rendah pedalaman yang dipanggil SK  Lepong Menuan, Kapit.

Dalam sekitar 10 km dari sekolah itu terdapat kampung orang Iban yang dipanggil Rumah Panjang Seli. Menurut  cerita  orang tempatan, kampung ini mula dibuka  secara rasmi pada  tahun sekitar  1950-an  hasil orang Iban dari kawasan lain  di pulau Borneo  termasuk  Kalimantan  Indonesia. Mereka berjaya  menjejak  dan menginap di sini setelah berjaya mengusir Jepun yang kalah pada Perang Dunia Kedua  sekitar 1945. Dari  dulu sehingga kini mereka bekerja  sebagai   petani  dan nelayan . Mereka menjual hasil tani mereka  ke pasar besar pekan Kapit 


Rumah  panjang  mereka  diubahsuai  daripada rumah papan kepada rumah batu



 Namun mereka  masih mengekalkan ciri asal rumah panjang iaitu berkongsi  beranda  antara  rumah-rumah keluarga yang bersebelahan.


Memandangkan  di  sini  tiada  jalan  darat untuk   laluan kereta  atau motorsikal, maka  setiap  keluarga  wajib mempunyai  sekurang-kurangnya  sebuah  perahu  sebagai  pengangkutan mereka


Tiada ulasan: