Di sini ada sebuah sekolah rendah pedalaman yang dipanggil SK Lepong Menuan, Kapit.
Dalam sekitar 10 km dari sekolah itu terdapat kampung orang Iban yang dipanggil Rumah Panjang Seli. Menurut cerita orang tempatan, kampung ini mula dibuka secara rasmi pada tahun sekitar 1950-an hasil orang Iban dari kawasan lain di pulau Borneo termasuk Kalimantan Indonesia. Mereka berjaya menjejak dan menginap di sini setelah berjaya mengusir Jepun yang kalah pada Perang Dunia Kedua sekitar 1945. Dari dulu sehingga kini mereka bekerja sebagai petani dan nelayan . Mereka menjual hasil tani mereka ke pasar besar pekan Kapit
Rumah panjang mereka diubahsuai daripada rumah papan kepada rumah batu
Namun mereka masih mengekalkan ciri asal rumah panjang iaitu berkongsi beranda antara rumah-rumah keluarga yang bersebelahan.
Memandangkan di sini tiada jalan darat untuk laluan kereta atau motorsikal, maka setiap keluarga wajib mempunyai sekurang-kurangnya sebuah perahu sebagai pengangkutan mereka