Untuk berjaya kena terus berjuang tanpa henti, jangan terlalu persoalkan apa jua yang hasil yang kita peroleh sebab kita cuma merancang, Dia yang tentukan, tetapi jangan putus asa daripada rahmat-Nya
Selasa, 11 Ogos 2009
kekalahan membakar semangat
Kekalahan SMK Taman Tasik dlam pertandingan drama Komsas KBSM Hulu Langat pada 5 Ogos lalu telah menyebabkan aku menilai kelemahan yang ada, latar hias yang simpel kerana dilukis atas kain putih dan bilangan prop yang kurang.
Aku sbagai guru pengiring rasa sedih dan keciwa, sedangkan guru SMK Damai Perdana; Chegu Adam berlainan pula, katanya "Dah adat pertandingan nak buat camner" skolah dia yang aku target menang rupanya sama kalah macam aku, maklumla cikgu otai dah pernah rasa menang bukan mcm aku..alasannya "itula pelajar ni berlakon last minute"
aku tumpukan pada lakonan manakala Chegu Adam tumpukan kepada teknikal;set prop...lain dedua serahkan pada studen buat pun last minute.
Tapi yang menag tu sumenya walaupun lakonan ntah apa2(bagi juri sampaila sbab dia dok depan) tapi juri lebih tengok set dan prop yg cantik. yela teater sekolah ni bukannya mcm teater profesional, jurinya orang bahasa bukannya orang seni...
namun aku nyata trkejut dengan plajar2ku sndiri yg mahu tebus kekalahan SMK Taman Tasik tahun depan "Tahun ni kita pilih skrip, kita plan btul2 agar menang tahun depan"
Bagusla mcm tu mcm plan aku pentaskan drama Raja Lawak untuk projek akhir di USM dan hasilknya sukses, moga berjaya lepas ni....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
huhu..raja lawak mmg best...
skrip pensyarah ku yg lemah lembut berbudi bahasa..
en Z (Zakaria Ariffin)
Catat Ulasan