Memaparkan catatan dengan label Itulah teater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Itulah teater. Papar semua catatan

Sabtu, 26 September 2009

teater 'Raja Lawak' versi Che`Gupeace bakal kembali


Apabila sahabat dari Kolej Antarabangsa SEGI tlah menawarkan Che`Gupeace watak Husin Tak Bai daripada skrip 'Raja Lawak' karya Zakaria Ariffin, Che`Gupeace rasa mcm hujan permata menerpa jatuh membasahi diri ini. satu kurniaan tidak terhingga. Itulah impian aku sejak tahun pertama lagi.

Sejak aku nak masuk tahun kedua, aku pernah dioffer watak itu oleh senior aku Azahar yang dinilai dari segi pengarahan dan pasangannya Mohsin yang dinilai dari segi lakonan, dia nak amik watak Osman Bombay dan aku nak sangat watak anak murid Osman Bombay itu.

Memang watak itu sesuai dengan aku; loyar buruk dan sering mencetuskan kekecohan suasana dengan kata2. Namun akhirnya aku dikecewakan oleh mereka yang tukar skrip 'Raja Lawak' kepada 'Pemain' di mana aku tak terlibat sebagai pelakon.

Nak ubat frust aku lalu akupun amik alih untuk mengarah 'Raja Lawak' untuk projek akhirku pulak. Aku memberi watak idamanku itu kepada Azrul Azizi juniorku.

Azrul memang buleh berlakon dengan baik cuma dia kurang memberi penghayatan sperti mana aku harapkan di mana watk itu kena lo`la` tapi dia masih bersopan wlaupun mengadap Osman Bombay lakonan Wan Azrul anak antu seni.

Kini aku bakal kembali dapat watak yang aku nak lepas 5 tahun berlalu. Tak kisah wlaupun takde bayaran janji aku dapat kepuasan.

Teater 'Raja Lawak' bakal dipentaskan di Dewan Teater Kolej Segi pada November ini

Rabu, 22 Julai 2009

Pertemuan dgn Chegu Adam...

Pada hari ini 22 Julai 2009, aku telah menemui guru sekolah lamaku,guru Seni Lukis, CHegu Adam di PPD Hulu Langat. Walaupun dia tak pernah ajar aku, tapi aku dah tau dgn penglibatan luas dalam drama sekolah ketika itu.

Kini dia mengajar di SMK Damai, masih sekolah daerah Hulu Langat. Kini sekolah aku SMK Taman Tasik bakal berentap dgn sekolahnya dalam pertandingan drama sekolah Hulu Langat minggu depan, alamak akhirnya aku brtemu otai...masakla SMK Taman Tasik nak lawan pengalaman luas Chegu Adam...

Takpe itu satu cabaran