Isnin, 15 Disember 2008

jumpa bekas dekan, rindu pulak kat Pusat Pengajian Seni, USM











Pada malam 12 Disember lalu di Balai Seni Lukis Negara aku hadir di malam penghargaan media merangkap pelancaran taqwim Aktiviti Balai Seni Lukis 2009 dan majalah Senikini .
Yang bestnya pelancaran itu dijalankan oleh Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Dr.Najib Ahmad Dawa.

Untuk pengetahuan, Najib Dawa adalah bekas Dekan Pusat Pengajian seni USM dari tahun 2002,2003 sampai 2007. Bila aku tamat pengajian di USM tahun 2007 diapun ditukarkan ke sana.

"Bila saya jumpa Prof ni saya teringat USM," aku meluahkan perasaan dan dia tertawa mendengarnya.

Sebut pasal USM aku teringat Panggung Sasaran yang merupakan hostel kedua aku dan kengkawan yang digelar Geng Sasaran oleh aku sendiri. Aku juga teringat tutor yang rapat dengan kami, Roslan Chin. Aku panggil dia ayahanda! Dah lama tak telefon dia rindula pulak.

Aku seganla nak bagitau dia apa kerja aku sekarang sebab dia memang penyokong tegar Umno-BN. Aku juga teringat Prof Madya Dr.Samat Salleh, Dr.Sam.

Gambar bawah: Majlis penghargaan media di Balai Seni Lukis Negara
Gambar atas: Ayahanda Roslan Chin yang kurindui

Khamis, 11 Disember 2008

DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;


Artikel yang disalin ini hanya disiarkan dalam blog ini, sebagai rujukan peribadi penulis blog ini

DALIL SISTEM KHILAFAH AKAN MUNCUL SEBELUM KIAMAT;

1. Dalil Al Quran

Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi ini
sebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’
An Nur: 55

2. Dalil Al Hadis

Dari Nukman bin Basyir, katanya…

‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap.

Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’

Huzaifah RA lalu segera menjawab.
” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.”

Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda.

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti
yg Dia kehendaki.”

Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya.

Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula.

Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki.

Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”

Kemudian Rasulullah SAW pun diam….

~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalam
kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.
Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,
hadis nombor 5.]

Kedaulatan Raja-Raja Melayu wajar dikembalikan




JH sangat sekali menyokong usaha Parti KeADILan Rakyat(KeADILan) dalam Pakatan Rakyat mahu kembalikan kedaulatan raja-raja Melayu di Malaysia sekiranya mentadbir Malaysia kelak. Ini kerana raja-raja Melayu sekarang walaupun jadi Agong 5 tahun sekali sekadar menonjol peranannya dalam membuka dan menutup Persidangan Parlimen awal penggal Dewan Rakyat. Itulah yang nampak menonjol berbanding lain. Yang lain ibarat boneka sahaja.

Di Malaysia rakyat negara ini belum pernah merasa di mana perlu perkenan raja setelah parti pembangkang dapat majoriti mudah melalui perpindahan parti, misalnya MP parti kerajaan berpindah ke parti pembangkang dan seterusnya perlu mendapat perkenan Agong bagi membentuk kerajaan baru. Ini yang JH hendak saksikan kelak di mana peranan Raja-Raja Melayu benar-benar dikhtiraf secara keseluruhannya.

Kekebalan Raja-Raja yang dimaksudkan bukanlah di mana kalau raja itu buat salah tidak dihukum, tetapi bermaksud kuasa raja selaku pemerintah yang perlu diperoleh kembali dan seterusnya berpeluang mentabdir megara di samping mengembalikan peranan Perdana Menteri sebagai penasihat Agong bukannya seperti Presiden berkuasa mutlak dalam pemerintahan Republik.

Merujuk kepada kenyataan Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail, usaha kembalikan semula kedaulatan Raja-Rajua Melayu bukan bermaksud institusi itu berkuasa mutlak seperti monarki, tetapi mengukuhkan lagi konsep Raja Berperlembagaan.

Betulla, dah bertahun-tahun belajar di sekolah pasal Sistem Raja Berlembagaan di Malaysia teatu je yang berkuasa mutlak dalam realiti adalah Perdana Menteri yang ketika itu Tun Chedet. Baharulah JH tau bahawa Tun Chedet yang ambil peranan ppenting raja selaku pemerintah dan seterusnya menyerapkan kuasa raja kepada dirinya sendiri sehingga tak ubah seperti Presiden dalam negara Republik yang berkuasa mutlak, sehingga Agong dan Raja-raja Melayu lain jadi boneka aje.

Tahniah kepada Raja Perlis dan Sultan Terengganu merangkap Agong kerana berjaya berpeluang guna kuasa apabila tidak iktiraf Shahidan Kassim dan Idris Jusuh sebagai Menteri Besar di kedua-dua negeri itu kerana Abdullah Badawi tidak seperti Tun Chedet. Bagaimana Tun Chedet berjaya kikis hak raja pun JH persoalkan betapa hebatnya orang tua tu sampai begitu sekali. Hakikatnya Raja-raja Melayu kini tidak lagi ditakuti seperimana zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan mornarki Melayu selepas itu.

Menrujuk kepada kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; usaha kembalikan semula kedaulatan hak Raja Melayu bermakusud Raja tetap tunduk kepada prinsip Perlembagaan dan undang-undang tetapi kemuliaan dan darjat Raja harus dipelihara. Idsebabkan itu kekekabalan harus diberikan semula dalam bentuk terikat dengan Perlembagaan dan undang-undang.

Sejarah tidak mungkin melupakan pindaan Perlembagaan 1983 dan 1993 di mana Tun Chedet telah merampas hak Raja Melayu. Menurut Anwar, apa yang Chedet buat itu adalah satu ketelanjuran. Ini kerana sering dihebahkan kuasa raja dikembalikan kepada rakyat sedangkan sebenarnya kuasa Raja diambil oleh PM.

Anwar Ibrahim juga berkata, Konsep kekebalan Raja-Raja ini turut diamalkan oleh negara yang amalkan Republik seperti Amerika Syarikat di mana status itu Presiden yang dapat.

JH tidak setuju dengan pandangan daripada Teh Tarik bahawa tidak perlu raja lagi anatara alasannya ialah


Di Jepun,jika Maharaja melanggar lampu isyarat,dia akan disaman.Maharaja Jepun juga tidak dibenarkan membuang sampah sesuka hati.

soalnya sama ada Raja ke PM ke mereka adalah manusia juga yang sering buat salah. Kalau mereka tak dihukum di dunia ini oleh manusia, biar Tuhan saja yang hukum. Jangan cakap oh kalau jadikan pemerintahan Malaysia ini Republik, maka pemerintahnya takkan buat salah, mereka manusia! Bukannya malaikat!

Manusia ini ada dua perangai satu perangat malaikat yang baik dan satu lagi perangai iblis-syaitan laknatullah.

Menurut kenyataan Teh Tarik,


Kalau raja-raja di Malaysia masih lagi bertindak seolah-olah menghabiskan wang rakyat semata-mata,lebih baik republik daripada macam ni.Kalau kegawatan ekonomi,elaun mereka harus dipotong juga!



jawapannya , sebab itu kedaulatan Raja-Raja perlu dikembalikan dan JH sokong dengan hasrat murni Pakatan Rakyat. Bila Raja-Raja Melayu dah dikembalikan peranannya yang asal barulah tak membazir. Janganlah elaun mereka hendak dipotong, soal rezeki itu adalah keizinan Allah. Kita tidak boleh cuba menidakkan rezeki yang orang lain dapat sebab itu adalah urusan Allah, Allah yang izinkan. Contohnya kalau Teh Tarik dapat gelaran Datuk jadi Datuk Teh Tarik Gelas Besar, JH tak wajair menidakkan rezeki yang Teh Tarik dapat sebab itu adalah keizinan Allah. Kalau dibayar elaun pun takkan membazir wang rakyat sebab duit itu pun akan berpusing di Malaysia juga, kalau Raja beli belah di luar negara pun duit utu akan berpusing ke urusniaga antarabangsa.

JH mau Raja-Raja Melayu mesti memain peranan penting dalam sistem perintahan negara kelak. Menurut ANwar, pakar undang-undang akan beliau rujuk untuk meneliti bagaimana isu kekebalan hak Raja-Raja boleh diketengahkan supaya tidak berlaku pertindihan ketegangan antara Istana dan Eksekutif.

Adakah cukup peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sudah melambangkan kekuasaan Raja-raja Melayu? Biar apa yang kita belajar itu yang sepatunya terjadi dalam realiti, bukannya propaganda bertahun-tahun buku teks Sejarah Malaysia tetapi tidak terjadi sebenarnya dalam keadaan sebenar.

Kalau Teh Tarik nak jadikan Malaysia ni sebagai Republik pun negara sekarang dah mirip Republik, cuma satu je hajat Teh Tarik idamkan belum terlaksana iaitu Raja Melayu masih di istana negeri dan Agong di Istana Negara.

Sabtu, 6 Disember 2008

Tragedi tanah runtuh di Hulu Klang kembali


Sungguh cemas menjelang 6 Disember 2008 gempar seluruh Malaysia berlakunya tragedi bencana alam tanah runtuh di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Hulu Kelang. Di sini JH bukan nak lapor berita tapi sekadar nak ulas je sebab berita anda boleh dapat sendiri.

Peristiwa ini kita sedia maklum mengulangi kejadian di Highland Tower, di kawasan berhampiran pada November 1993, yang mana runtuhnya apartment.

Lebih kurang 14 unit rumah banglo runtuh habis. 13 orang tercedera seorang hilang dan 4 orang menjadi korban termasuk yang baru seorang warga Indonesia, Surina,30 pembantu rumah. Seramai 3000-5000 penduduk diarahkan berpindah sementara bagi menjaga keselamatan masing-masing. Manakala 1500 rumah di situ putus bekalan elektrik.

Memang memilukan apatah lagi berlaku pada Hari Raya Haji di mana mereka tak dapat sambut dengan gembira. Kebanyakan penduduk berhampiran tak jadi mangsa hanya terkejut dengan kejadian itu dan menyifatkannya sebagai gegaran ala gempa bumi.
Memang menakutkan!

Tangisan dan jeritan kedengaran di sana sini. Memang tak dapat nak dibayangkan lagi. Beberapa orang pegawai perubatan yang diluluskan cuti nak balik raya dibatalkan untuk mengendalikan mangsa bencana alam itu. Yang cedera semua di hantar ke hospital antaranya HKL.

Selain pasukan keselamatan seperti polis,JPA3, bomba, dan lelain tentu yang paling runsing adalah Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali kerana ini adalah kawasan jagaan Dunnya. JH harap beliau dapat mengendalikan masalah ini dengan baik bersama-sama pasukan penyelamat dan perubatan.

Sebab itu pertengahan tahun ini kerajaan negeri Selangor dah umumkan tak akan membuat pembangunan di kawasan bukit dan tebing tinggi. Nyata keputusan ini tepat sekali.

Kelulusan pembinaan kawasan taman perumahan berkenaan sebelum ini diluluskan oleh kerajaan negeri di bawah BN sebellum ini. Tak taula mantan MB Selangor mana yang buat sama ada Muhammad Mat Taip, Hassan Omar atau Khir Toyo. Ini menunjukkan kerajaan BN terlepas pandang dengan apa yang berlaku pada tahun 1993 di kawasan yang sama. Memang manusia tak lepas buat silap!

Justeru itu JH harap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dapat menawarkan bersama-sama dengan BN Selangor selaku pembangkang supaya membantu sama-sama terhadap mangsa bencana alam ini dengan mengenepikan fahaman politik berbeza demi nyata rakyat Selangor. Mereka wajar contohi kerajaan negeri Pahang di mana hubungan diplomatik MB Adnan Yaakob dengan MP Kuantan-Pakatan Rakyat Fuziah Salleh begitu baik sekali.

Apa yang penting kejadian ini harus dijadikan pengajaran supaya pembangunan di kawasan tinggi harus diteliti struktur keselamatannya dulu jangan main redah lulus je sebab mungkin nak dapat komisyen sampai nyawa rakyat melayang.

Jumaat, 5 Disember 2008

Hidupku sunyi tanpa suara wanita


Ini sebenarnya adalah perasaanku yang terpendam sejak beberapa tahun lagi. Sebagai lelaki mungkin aku dan lelaki boleh bangga sebagai jantina pemimpin yang lebih berkarisma. Tapi aku tidak begitu taksub dengan fahaman kalau wanita, Feminisme. Aku percaya kebayakan lelaki cuma begitu.

Namun aku akui bahawa satu je perkara penting yang ada pada wanita tetapi tidak ada pada lelaki: membebel,berleter. Biarlah aku bercakap bagi pihak lelaki, sebagai lelaki aku tidak nafikan memang bingit telinga kalau dengar wanita membebel, baik mak aku, kakak aku, nenek aku, anak sedara pempuan ku,kawan pempuanku yang dulu-dulu.

Tapi bila mereka tiada di sisiku, aku rasa sunyi, aku rasa sepi, kosong, terdengar dengar akan gelak ketawa mereka, marah mereka , dan perasaan mereka yang lain. Sebab itu aku tidak Lelakisme, tetapi aku ni Jantan Man. Kalau di rumahku tanpa wanita punya membebel, hilang seri rumahku.

Terus-terang aku katakan bahawa tujuan utamaku sukakan secara peribadi(lelaki lain lantakla) aku bukannya kerana tubuh badan mereka, wajah mereka bagaikan bulan ke atau macam mengkudu tak masak, tapi aku sukakan bebelan mereka, leteran mereka kerana apa yang mereka bebel itula perasaan mereka.

Dulu masa aku bercinta aku memang sangap nak jumpa kawan aku, bukan nak tengok muka dia sangat tapi nak dengar suaranya. Memangla suara wanita aurat tapi janganlah samapai terangsang nafsu syahwat pulak bila dengar suara wanita, tu berdosa tu. Tapi aku berpeluang menyelami isi hati mereka. Lelaki kalau ada masalah kebanyakannya simpan, pendam, itu yang sakit tu.

Tapi bila aku tak dapat dengar suara kawan aku lagi(sebab tel rumah aku dipotong tak bayar bil, dia je selalu tel aku, aku tak tau no tel dia) aku rasa dunia ini sudah gelap kerana tak dapat dengar bebelan leterannya lagi. Itulah istimewanya wanita di hatiku.

Pempuan tak kalau dia lepas perasaan dia lepas tang tu jugak,tapi tengok orang jugak bukan jantina semata-mata. Ada pempuan yang menyimpan perasaan berpanjangan, ada yang ok lepas tu.

Mungkin kalau yang baca luahanku ni akan sarankan, carila girlfriend. Itu bukan soalnya kan aku nak cari jodoh secara Islamik. Tak payah cintan-mintan ni, orang tua carikan dah cukup kalau mereka ada calon.

Takpun jumpa je terus kahwin, betul! Dulu di sekolah ingat lagi aku tanya Ustazah"Ustazah boleh tak saya kalau jumpa sorang pempuan tu dan berkenan(sebab kuat membebel) dan terus kahwin?" lantas ustazah aku jawab "eh boleh,"

Tapi kalau ada yang tanya kenapa tak nak kawin sekarang, aku jawab satu jelah"Duit dalam bank ada 14 ringgit setengah, aku nak kahwin bermaruah" berdasarkan kenyataan aku tadi memang aku dah pasang niat untuk mahu berkahwin

Jadi soalnya memang aku nak cari pempuan sebagai teman hidup kerana satu je kuat membebel. Memang dari luaran ada yang pendiam, tapi yang diam ni bila kita dekatinya mulalah dengar ceramah mereka.

Kini aku masih dengar bebelan leteran pempuan di ofis, rumah, di memana jadi takdelah sunyi Kuala Lumpur ni. Ini ada sajak luahan hatiku.

"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat tubuhnya,
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat wajahnya,
"Aku cari wanita bukan sebab nak lihat kemuliaanya,

"Kalau ku pilih kecantikan, nescaya kecantikan itu takkan kekal kelak kedut di hari tua
"Kalau ku pilih harta, kelak akan miskin merana,
Kalau ku pilih kemuliaan kelak kehinaan kudapat"
"Tapi ku pilih wanita kerana agamanya kelak berkat dunia akhirat,"
"Dan yang paling UTAMA ialah aku mahukan perempuan yang kuat berleter, kuat membebel"
"Tapi ku percaya kebanyakan perempuan begitu, nescaya akan hilang kesepian hatiku,"

Sebab itu kalau pempuan marah, membebel pada aku aku tak pernah marah, tak pernah dendam. Malah aku lebih suka menyakat dan mengusik lagi lagi marah pastu minta sorila. Ini kerana bebelan wanita itu majoriti lelaki takkan boleh lawan.

Pempuan ni kalau membebel tandanya sayang. Inilah hakikat yang kuterima tambahan pula aku kalau kesunyian keseorangan aku sering termangu-mangu dengar akan bebelan wanita.

Tapi jangan ingat aku ni sangap pemempuan sebab aku tidak sangap pempuan berdasarkan keperluan seksual sebagai keperluan utama. Tak dapat bertentang sebab jauh takpela asalkan dapat dengar suaranya, membaca warkah yang dikirimnya.

Kalau ada yang tuduh aku gay, itu adalah fitnah, kecuali kalau nak sakat aku lain cerita.

Sejak akhir-akhir ini aku sering merancang nak kahwin.Nampak sangat aku ni sangap nak dengar bakal isteri membebel supaya rumah tangga tak sunyi. Aku ni pun jenis bertimbang rasa. Aku ni memang suka sakat pempuan jadi memang kenala dengan taste aku.

Jodoh pertemuan di tangan Allah! Insya-Allah ada jodoh tak ke mana. Janji niat aku adalah kerna nak dapat keberkatan-Nya jugak.

Ah rindunya aku di zaman bercinta dulu.....

p/t: Sekali-sekala aku ikut gak stail Razor jangan mare beb


Gambar atas: Di zaman Si Jantung Hati ber'cinta' dengan 'girlfriend'nya, waktu itu Jantung memang nampak tua tak muda macam sekarang ni

Selasa, 2 Disember 2008

Kewajiban mengangkat Khalifah menurut dalil al-Quran,as-Sunnah, Ijma` Sahabat

Assalamualaikum dan good evening to all bloggers here

Sekarang sudah sampai masanya MRM terangkan tentang dalil yang mewajibkan orang Islam wajib menunaikan sistem pemerintahan Islam/khilafah

Khilafah/Imamah
adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengembangkan risalah/dakwah Islam ke seluruh pemjuru dunia (Taqiyuddin An Nabhani, Nidzamul Kukmi fil Islam,hal 17)

1.Dari dalil al-Quran:

"Hai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasulullah Muhammad dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(al-Quran) dan Rasul(sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama(bagimu) dan lebih baik akibatnya" (Qs an-Nisa'(4):59)

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka, dan berhati-hatilah kaum terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu" (Qs al-Maaidah(5):49)

"Maka putuskan perkara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu"(Qs al-Maaidah[5]:48)

2.Dari dalil As-Sunnah

Abdullah bin Ubai meriwayatkan,"Aku mendengar Rasululullah mengatakan"Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan menemui Allah di Hari Qiamat dengan tanpa hujag. Dan barangsiapa mati sedangkan lehernya tidak ada bai`ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah"(Hadis Riwayat Muslim)

"Sesungguhnya Imam(Khalifah) bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung"(Hadis Riwayat Muslim)


Dahulukan urusan politik(siasah)Bani Israel diurus para nabi. Bila wafat seorang nabi dan diganti dengan nabi lain, sesungguhnya tidak ada lagi Nabi sesudahku akan tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak. Lalu para sahabat bertanya "Apa yang engkau perintahkan dari kami?"Rasulullah menjawab "Penuhila bai`at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang mejadi kewajiban mereka," (Hadis Riwayat Muslim)

3.Dari dalil Ijma` Sahabat

-Def: Kesepakatan para sahabat bahawa itu adalah hukum syara` atau persetujuan mereka berkenaan suatu hukum dalam suatu sumber.

-sebagai sumber hukum Islam ketiga,Ijma1 Sahabat menunjukkan bahawa mengangkat sorang khalifah sebagai pemimpin bagi kaum Muslimin hukumnya adalah wajib
Mengikut sejaranya

(1) Mereka bersepakat mengangkat Khalifah Abu Bakar Asd-Shiddiq. Umar al-Khattab, Usman Affan,Ali Abu Talib ridhwanullah`alaihim

(2) Jenazah Rasulullah tertangguh selama tiga hari dua malam kerana para sahabat ,emdahulukan pengangkatan seorang khalifah(Hal ini tidak mungkin terjadi jika status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah fardhu dan wajib diutamakan daripada menguburkan jenazah)

Seluruh sahabat selama hidup telah bersepakat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. Walaupun sering mempunyai perbezaan pendapat mengenai siapa yang lebih layaj untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namum mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya menangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah maupun ketika penggantian masing-masing Khalifah yang empat.

Oleh itu Ijma` Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat selain kedua-dua dalil sebelum ini, mengenai wajibnya mengangkat Khalifah

Sekian saja untuk kali ini. Minggu depan, Insya-Allah MRM akan terangkan pendapat para ulama` dan daili dari kaedah usul mengenai sistem khilafah ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Perbezaan Parlimen dan Majlis Syura

Seperti yang MRM janjikan, MRM akan terangkan perbezaan antara sistem Parlimen dalam demokrasi dan Majlis Syura di bawah sistem pemerintahan Khilafah/Islam


1. Fungsi

a) Parlimen: membuat undang-undang
b)Majlis Syura: Muhasabah, mengemukakan pendapat, melaporkan kezaliman pemerintah,
atau kakitangan awam

2.Keanggotaan

a)Parlimen: - dipilih oleh parti atau pemerintah
- orang kafir diterima tanpa syarat dan batasan
- Wanita, hanya PAS yang tolak sebelum ini


b)Majlis Syura - dipilih oleh rakyat
- orang kafir boleh mewakili golongan mereka dan terbatas kepada
aduan tentang kezaliman penguasa ke atas mereka
- Wanita, mubah sebab hanya memberi pendapat, memuhasabah, bukan
memimpin terutamanya menjadi pemimpin utama

3. Status dalam Majlis/Dewan

a) Parlimen : kebal di Parlimen, boleh cakap apa sahaja, tidak boleh disaman

b) Majlis Syura : Tidak ada apa-apa kekebalan, bersuara dengan hak, tidak boleh bebas
sesuka hati


4. Komposisi

a)Parlimen : Ada dua Dewan,Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua fungsi berbeza
sama seperti British

b)Majlis Syura : Satu Majlis sahaja