Isnin, 10 November 2008

Renungan bersama untuk Muslimin dan Muslimat


RENUNGAN:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan.... .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah sal ah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Ahad, 9 November 2008

Pemerintahan Khilafah(Islam) menitikberat keadilan semua penganut agama Islam dan bukan Islam



Assalamualaikum, good morning!

Izinkan saya bercakap sedikit pasal sistem Khilafah

Khilafah, adalah kepimpinan umum bagi seluruh kaum Muslimin dan juga bukan Islam(Islam tak paksa orang bukan Islam masuk Islam, bebas beragama, kecuali bila orang bukan Islam dah masuk Islam) untuk menegakkan hukum-hakam syariat Islam dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh dunia. Khilafah adalah Imamah mempunyai pengertian yang sama. Khilafah, adalah kesinambungan pemerintahan kerajaan Islam yang diwarisi Rasulullah, satu-satunya pemerintahan kerajaan yang wajib bagi seluruh umat di seluruh penjuru alam. Ianya berdiri atas wahy dan akidag serta wajib adanya. Maka struktut Khilafah berbeza dengan semua sistem yang dikenali di dunia sekarang ini, yang mana kesemuanya dibangun dasar akal semata-mata meskipun ada yang mendakwa mirip dalam sebahagiannya.

Struktur negara Khilafah adalah yang telah dijalankan oleh Nabi kita, Muhammad S.A.W. dan diwarisi para sahabat sehingga ke zaman pemerintahan empayar Turki Othmaniah

Khalifah- seorang individu wakili seluruh umat manusia dalam urusan pentadbiran jekuasaan politik, serta dalam menetapkan hukum syarak. Oleh kerana agama Islam menjadikan pemerintahan dan kekuasaan milik umat maka dalam hal ini umat mewakilkan seseorang melaksanakan pemeintahan kekuasaan itu sebagai wakilnya. Allah S.WT.mewajibkan umat menetapkan dan menerapkan hukum syarak secara keseluruhannya.

Dengan demikian Khalifah adalah orang yang diangkat oleh umat Islam untuk menerapkan hukum Allah secara kaffah. Oleh itu tidak ada seorang Khalifah pun akan terlantik kecuali setelah dibai`at oleh umat . Bai`at yang dilakukan umatlah akan menjadikan seseorang itu sebagai wakil sekaligus Khalifah. Pengakatan seorang Khalifah oleh umat dengan bai`at beerti umat telah memberikan kekuasaan(untuk memerintah) kepada Khalifah dan umat wajib mentaatinya selama mana beliau(Khalifah) melaksanakan hukum syarak.

Orang yang memimpin urusan kaum Muslimin serta kaum dari agama lain tidak boleh disebut Khalifah kecuali setelah dibai`at oleh ahli halli wal aqdi yang ada di kalangan umat dengan ba`iat in`iqad(bai`at pengangkutan) yang sah dari segi syarak, iatu dilakukan dengan rela dan redha dan kebebasan memilih, tanpa dipaksa serta calon itu mesti memenuhi syarat-syarat in`iqad. Syarat untuk in`iqad Khalifah ada tujuh: Muslim, lelaki, akil baligh, berakal, adil, merdeka dan mampu.

Selain itu ada syarat afdhaliyyah(keutamaan) yang didokong nas-nas sahih ataupun rentetan dari Nas-nas sahih. Contihnya, Khalifah harus di kalangan Quraisy(bukan Quraisy pun boleh sebab dah banyak kaum sekarang, janji Islam), seorang mujtahid, berani, politikus ulung, mahir dalm ilmu perang dan sebagainya.

Baikla untuk pengetahuan Cik Ezreen, sistem Khulafah ini boleh dilaksanakan ketika ini apabila ada pemimpin yang cukup syarat bersetuju nak laksanakan hukum syarak ini.

Apabila pemimpin ini bersetuju maka wajiblah bagi seluruh umat Islam lain ba`iat pemimpin itu sebagaimana dalam hukum Islam sendiri, terpulang nak ikut atau tidak, tapi kalau buat salah tetap kena tindakan yang berlandaskan hukum syarak kalau Islam kalau yang buat tu orang Islam. Orang bukan Islam yang buat salah tak diberi hukuman yang sama dengan orang Islam, bukankah itu benar-benar adil dalam Islam?


Kenyataan Ezreen:
Saya tinggal di sebuah bandaraya yang paling Kristian-konservatif di Canada,mungkin sekali di Amerika Utara.Dan saya sering diajukan dengan soalan,"is Islam spread by swords?"

Jika saudara Perundang atau Mata Rakyat disini,apa yang saudara Perundang dan Mata Rakyat mahu jawab?



Sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela.Bukannya nak suruh bohong, cakap yang realiti tentang penganut Islam yang bermasalah,bukannya hipokrit tapi tak libatkan agama kita. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Walaupun bendera Arab Saudi(sama habis dengan bendera Islam sejati, cuma berwarna hijau dan ada gambar pedang, nak lihat bendera Islam sejati, lihat di profil Mata Rakyat Malaysia)itu bendera yang dikibar Rasulullah, cuma Arab Saudi mengubah latar nya yang hitam kepada hijau, ditambah dengan pedang yang kalimah Laillahhailallah... sama je.

Kita kaji zaman Rasulullah, mana ada perang yang memaksa orang kafir masuk Islam, perang Badar dan lelain tu nak pertahankan umat Islam. Yang jadi masalah sekarang ialah memang bangsa Arab ni dari dulu dan sekarang panas baran sifat mereka, memang dah sebati, kecuali kalau mereka ikut Islam 100%. Sebab itu Allah turunkan Islam dan menabalkan Rasul terakhir di kalangan orang Arab Quraisy.

Patutnya Ezreen awak kena cakap masih ada orang Islam sekarangtak ikut Islam 100 %, sebagai orang Islam pertahankan agama kita daripada dipropagandakan dengan unsur negatif ni. Saya yakin awak buat cuma sekadar nak peringat jela. Yang berperang itu adalah orang Arab, bukannya bangsa bukan Arab yang juga menganut Islam. Semua tahu bahawa Islam berasal dari benua Arab, maka orang Arab yang jadi sasaran, di samping mereka ini bermasalah sesama mereka dan pihak lain merujuj al-Qaeda.


Yang kata hukum Islam itu kurang sesuai dilaksanakan itu adalah propaganda. Yang penulis kesalkan ada orang Islam yang tidak setuju dengan alasan tanpa mengkaji betul-betul ikut maka dan tempat. Bertenanglah, yang berlandaskan Islam seperti Khulafah ini tidak akan zalim terhadap orang bukan Islam, takkan teraniaya punya.

Yang jadi masalahnya hari orang Islam sendiri tak ikut Islam 100 %. Kalau orang Islam yang paling ramai penganutnya di seluruh dunia bersatu bayangkan orang Islam akan gagah dan disegani oleh orang bukan Islam. Takde lagi negara bangsa seperti negara-negara yang ada di seluruh dunia yang telah disempadankan. Memang Allah cipta manusia berbeza kaum supaya saling kenal mengenal, tetapi yang pentingkan adalah perpaduan. Hanya dengan ikut Islam sahaja perpaduan sejagat antara orang Islam dan bukan Islam tercapai.

Malah dengan mengamalkan nilai dan akhlak yang baik di kalangan orang Islam sedunia ini maka penulis percaya bahawa ini adalah pendekatan psikologi untuk menarik orang bukan mengenal Islam dan sekaligus berminat nak tau pasal Islam dan memeluk Islam sebab melihat akan keperibadian positif yang ditunjukkan oleh orang Islam sedunia sendiri.

Penulis tau Ezreen marahkan PAS, tapi jangan sebab marahkan seekor nyamuk je seluruh kelambu nak dibakar. Memang di kalangan umat Islam banyak masalah, di Malaysia Ezreen marahkan PAS yang rasanya ektrem baginya. Itu adalah kerana PAS sendiri bersemangat mau maintain perjuangannya dengan dari dulu, kini hingga ke akhirat, berteraskan Islam, walaupun dah kerjasama dengan KeADILan-DAP dalam Pakatan Rakyat. Bagi saya orang PAS kena baiki sikit je sikap mereka, nak laksanakan Islam teruskan, cuma mesti ada strategi yang berkesan yang mereka mesti laksanakan sekarang.

Mengenai masalah umat Islam di negara lain ditindas seperti di Palestin,Iraq dan Afganistan dan memana, kalau seluruh umat Islam bersatu di bawah Khulafah, maka secara sendirinya umat Islam di negara lain akan bantu dan memerangi mereka yang zalimi umat Islam di tempat tersebut. Sekarang tak boleh alasannya, sempadan! Dalam sistem pemerintahan Khulafah, tiada sempadan maka tidak ada masalah PATI kerana semua manusia boleh bergerak bebas ke mana-mana seluruh dunia tanpa passport lagi, yahoo! Bahasa takde masalah sebab majoriti masyarakat dunia dah boleh bertutur Bahasa Inggeris, takpun dalam keadaan sekarang pelbagai kaum pun seluruh boleh komunikasi. Takde lagi Melayu, Cina, India, Jawa, Irish, ha ha ha!

Untuk pengetahuan Ezreen, kalau saya tak buat pun benda ni berjalan jugak. Kalau awak tak setuju dengan pelbagai alasan pun benda ni tetap berjalan juga, cuma pertubuhan sejagat U.G. ada banyak cawangan sedunia ni sedang dalam proses nak laksanakan benda ni.

Tapi kepada orang bukan Islam, jangan terpengaruh dengan propaganda pihak tertentu nak burukkan Islam termasuk dari segi pemerintahan sampai ke orangnya. Orang baik dan jahat tetap ada walaupun Islam atau tidak. Cuma semua pihak kena kaji dan teliti, betul betul tentang sistem Khilafah ni, terutamanya orang bukan Islam, bukannya nak paksa orang bukan Islam peluk Islam. Dalam pemerintahan Islam masyarakatnya yang beragama lain bebas beragama. Tengok di Kelantan orang bukan Islam pun takde masalah dengan pemerintahan berteraskan Islam, walaupun belum laksanakan hukum....Zaman pemerintahan Nabi Muhammad, baginda pun cakap pasal agama Islam di hadapan orang bukan Islam, kenapa? sebab baginda Nabi?Nabi pun manusia macam kita kalau nak kata hatinya dicuci sekalipun, atau peristiwa Israq Mekraj, itu adalah spotlight kepada Allah juga. Kepada yang bukan Islam saya percaya anda semua yakin dengan kekuasaan mutlak Tuhan.

Memangla semua agama dunia pentingkan keamanan, Nami. Itu aku kata pemerintahan Islam tak sekat penganut agama lain bebas beragama.

Ezreen, perahu sudah ada, pendayung pun sudah ada dari dulu lagi. Cuma kami menanti siapa yang tolong kayuh.

Ezreen, saya harap kaki awak okey lepas ni dan sembuh terus tak perlu bedah lagi.Mungkin kena makan Chicken Chop bapak Nomy kot baru tumbuh balik tisu daging dan kuatla balik tulang dan daging. Siap promote lagi Nami sedekahkan aku free Chicken Chop, he he gurau je.

Jumaat, 7 November 2008

Intro Khulafah: Patutkah umat Islam gembira dengan kemenangan Obama?


Assalamualaikum,

Penulis Mata Rakyat Malaysia mahu berkongsi untuk tatapan seluruh manusia baik yang Islam dan bukan Islam tentang cadangan mahu menubuhkan sistem Khulafah, iaitu sistem pemerintahan yang dipimpin oleh seorang khalifah di muka bumi ini, melaksanakan syariat agama Allah, Islam.

Ianya memang serupa habis dengan pendekatan Parti Islam SeMalaysia(PAS) mahu tegakkan negara Islam di seluruh Malaysia, tetapi sistem Khulafah ini melibatkan seluruh dunia. Penulis yakin ini menimbulkan banyak persoalan, bagaimana sistem Khulafah boleh dilaksanakan di seluruh dunia. Insya-Allah dalam penulisan akan datang penulis akan bentangkan. Pembaca boleh cari fakta berkaitan di mana-mana sumber.

Ini kerana penulis berhasrat supaya sistem pemerintahan Islam akan ditegakkan di seluruh dunia. Memang perkara ini akan terjadi suatu hari nanti pada akhir zaman di mana Islam menguasai seluruh dunia. Ini sini penulis sekadar bagi mukadimahnya supaya pembaca bersedia dengan catatan seterusnya.

DI bawah dalah artikel diambil 100% dari Mykilafah

Tajuk: Patutkah umat Islam gembira dengan kemenangan Obama

Kita perlu ingat bahawa Obama bukanlah berkeseorangan atau berdiri sendiri dan dia bukannya ‘superman’ yang boleh merubah dunia. Amerika adalah sebuah negara yang dipimpin oleh segolongan orang-orang kuffar dengan segala hukum-hakam kufur diterapkan di dalamnya. Justeru, kita perlu ingat bahawa Barack Obama hanyalah seorang ‘ketua’ kepada semua golongan kuffar tersebut, yang mana berapa ramai di antaranya (golongan kuffar tersebut) yang bencikan agama Islam dan umat Islam.

Kita juga perlu ingat bahawa Amerika adalah negara kepala, pendokong dan pengembang Ideologi kufur Kapitalis dan Obama hanyalah sebahagian darinya. Sebagai sebuah negara Kapitalis yang hidup atas dasar manfaat, Obama yang juga seorang yang berakidahkan Kapitalis tidak akan berkuasa untuk merubah keadaan ini, malah dia tentunya hanya akan menjadi penerus kepada Ideologi kufur ini. Kita semua tahu bahawa tabiat penganut Kapitalis yang hidup hanya untuk mencapai sebanyak mungkin kemewahan dunia, mereka tidak akan berhenti berfikir bagaimana untuk menguasai dunia dengan segala sumber-sumbernya. Dan kita semua tahu bahawa kebanyakan sumber kekayaan dunia berada di negara umat Islam. Justeru, apakah kita mengharapkan bakal presiden Amerika ini hanya akan berdiam diri melihat kekayaan yang melimpah ruah yang ada di dunia Islam, walhal dia boleh menguasai semuanya? Malah dia akan dapat menguasai semuanya dengan begitu mudah kerana pemimpin-pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini adalah para pengkhianat yang telah pun menyerahkan kekayaan negara dan nyawa umat Islam kepada golongan kuffar penjajah selama ini.

Presiden Amerika, sebagaimana Perdana Menteri Malaysia juga, ia datang dan pergi. Namun sistemnya tetap sama selama mana ideologi yang dianutnya adalah sama. Sebagai Muslim, kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dengan warna kulit luarnya, tetapi kita mesti menilai apa yang ada di dalam pemikirannya yang dizahirkan melalui lisannya dan perbuatnnya. Kita mungkin merasakan atau mengharap bahawa yang warga Amerika yang berkulit hitam lebih baik dari yang berkulit putih, kerana telah sekian lama mereka yang berkulit hitam ditindas oleh mereka yang berkulit putih. Namun, warna kulit hakikatnya tidak mencerminkan apa-apa. Akidah dan pemikiranlah yang menjadi ukuran.

Apa yang jelas setakat ini adalah, bakal Presiden kulit hitam ini telah pun mengisytiharkan ‘kesudiannya’ untuk memperluaskan perang di Afghanistan, yang bermaksud memerangi umat Islam, saudara kita yang berada di Afghanistan. Dia juga secara terang-terangan menyokong kekejaman pencerobohan Israel ke atas Palestin. Dengan kata lain, segala malapetaka yang dibawa oleh pemimpin kuffar penganut Ideologi Kapitalis ke atas umat Islam sebelum ini nampaknya disokong dan bakal diteruskan oleh Obama.

Walaupun misi Obama ingin membawa keamanan kepada dunia, kita mesti ingat bahawa George W Bush laknatullah dulupun menyatakan perkara yang sama, sehinggalah ke saat-saat akhir kekuasaannya kini, Bush masih mengatakan bahawa dia ingin membawa keamanan kepada dunia. Dan kita semua jelas, bahawa ‘keamanan’ yang dimaksudkan oleh Bush adalah dengan membunuh dan memerangi semua umat Islam yang tidak menyokongnya. Hanya dengan pembunuhan ke atas golongan umat Islam yang ingin menerapkan Islam yang dilabelnya sebagai teroris, barulah dunia akan mengecapi keamanan, inilah tafsiran ‘keamanan’ bagi Bush. Bagaimana pula bagi Obama?

Memanglah tidak salah untuk kita meletakkan harapan kepada bakal ketua polis dunia ini, namun sebagai Muslim, apakah kita patut bergembira dengan kemenangan pengganti Bush ini? Apakah yang perlu kita gembirakan dengan kemenangan Obama ini seolah-olah dunia akan dinaungi rahmat kerana kemenangannya? Bukankah dunia hanya akan berada di bawah rahmat jika orang Islam yang memerintah dunia dengan hukum-hukum Allah? Justeru, apakah Obama yang akan meneruskan Ideologi Kapitalis dan melaksanakan hukum-hukum kufurnya ke atas dunia patut kita berasa gembira di atas kemenangannya?

Sesungguhnya kemenangan Obama tidak akan merubah landskap politik dunia. Dunia tetap tidak akan aman dan tidak akan berada di bawah naungan rahmat dan berkat dari Allah. Hanya dengan kepimpinan dunia berada di bawah tangan seorang Khalifah yang berakidahkan Islam dan dengan penerapan hukum Allah secara kaffah, maka barulah keamanan yang sebenar akan tercapai.

Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah perubahan sistem dunia kepada sistem Islam (sistem Khilafah), bukannya sistem Kapitalis dan sosialis. Perubahan sebenar yang sepatutnya diharapkan (dan diusahakan) oleh umat Islam adalah dengan tertegaknya Daulah Khilafah, yang akan menerapkan hukum-hukam dari tujuh petala langit. Sesungguhnya dunia tidak akan berubah hanya dengan terlantiknya seorang kafir yang akan memerintah dengan hukum-hukum kufur, tetapi dunia akan berubah apabila dibaiatnya seorang Khalifah atas Kitabullah dan Sunah RasulNya.-dipetik 100% daripada Mykhilafah

Sabtu, 1 November 2008

Norman Hakim ditangkap basah,wajarkah beliau bela diri?


Apabila pelakon filem dan TV Malaysia Norman Hakim ditangkap basah, beliau cuba menafikan bahawa belaiu bermaksiat dengan pelakon Mimie yang berdua-dua dengannya pada jam 2.30 di pejabatnya.

Beliau boleh menafikan berbuat maksiat dengan wanita lain, namun yang pastinya isterinya pelakon dan penyanyi Abby Adabi terluka kerana lelakinya ditangkap ketika berdua-duaan dengan wanita lain.

Kalau ikut hukum Islam dan kalau benar disabitkan kesalahan, beliau mesti direjam sampai mati sebab dah berkahwin. Maksudnya kalau Norman dilihat berzina dengan perempuan itu.

Bagi penulis Norman kena kaji apa tujuan sebenar perkahwinan dan pantang larangnya selepas bergelar isteri orang.

Norman wajar kaji kisah Mahsuri, seorang isteri yang difitnah bermaksiat walaupun niatnya adalah membantu orang yang memerlukan pertolongan walaupun orang itu memang bukan muhrimnya.
Sebab itu lelaki dan perempuan yang bukan muhrim kalau nak berdua-duaan mesti ditemani mahramnya, untuk mencegah fitnah masyarakat. Tak guna nak mempertahankan diri tidak bersalah tetapi orang dah nampak berdua-duaan dengan individu dan dalam keadaan tidak sepatutnya.

Macamana nak buktikan yang anda tidak bersalah kalau Jabatan Agama Islam dah tangkap anda dan orang bukan muhrim anda berdua-duaan?

Isnin, 27 Oktober 2008

matarakyatmalaysia kembali menagih ilmu dari anda

Penulis mahu mengumumkan bahawa penulis kembali mengupdate tulisan penulis di matarakyatmalaysia.blogspot.com. Ini boleh memberi ruang kepada pengunjung federationofbloggers.blogspot.com bagi terus memabca tulisan penulis di blog asal
peribadi penulis.

Sesiapa yang sehingga kini masih singgah dan membaca tulisan serta komen pada tulisan penulis, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Penulis akan tulis di kedua-dua blog seperti sebelum ini, di mana yang malas nak ke blog federationofbloggers cari tulisan penulis boleh terus pergi ke blog penulis iaitu matarakyatmalaysia. Maknanya anda ada pilihan, janji baca tulisan penulis.

Penulis sangat perlukan komen anda yang membaca tulisan kerana penulis mau dapat ilmu dan pengalaman dan sekaligus memperbaiki mutu penulisan penulis dari segi hujah, fakta ,dan pandangan penulis, benda yang penting-penting itu

Jumaat, 24 Oktober 2008

Terus klik ke federationofbloggers.blogspot.com

Assalamualaikum,

Mulai sekarang saya penulis blog Mata Rakyat akan terus menghantar tulisan saya sendiri ke blog yang saya sertai bersama-sama blogger lain di federationofbloggers.blogspot.com/, kerana saya mau pastikan semua blogger yang berada dalam group tersebut dan pengunjung-pengunjung lain terus membaca tulisan saya dan tulisan blogger lain sekali. Carila tulisan saya dalam senarai tulisan dengan blogger lain dengan nama Mata Rakyat. Tolong geledah seluruh blog itu untuk baca tulisan saya.


Namun kepada blogger di mana blog anda dah ada link blog saya, janganlah dibuang link tersebut kerana selain tanda kenangan profil saya di dalamnya, terdapat beberapa tulisan peribadi saya yang boleh anda jadikan rujukan, kerana setiap tulisan mewakili waktu dan saatnya ketika itu. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah kunjungi dan bagi komen pada blog matarakyatmalaysia ini.

Hanya jika keadaan benar-benar memerlukan saya akan kembali menghantar tulisan kepada blog saya semula. Teruskan berjuang berdakwah untuk seluruh umat!

Lepas ini terus klik: federationofbloggers.blogspot.com

Jumaat, 10 Oktober 2008

Imbas semula sistem Ekonomi Islam

Dasar-dasar Ekonomi Islam:

Dasar-dasar ekonomi Islam adalah:

1) Bertujuan untuk mencapai masyarakat yang sejahtera baik di dunia dan di akhirat, tercapainya pemuasan optimal berbagai kebutuhan baik jasmani maupun rohani secara seimbang, baik perorangan maupun masyarakat. Dan untuk itu alat pemuas dicapai secara optimal dengan pengorbanan tanpa pemborosan dan kelestarian alam tetap terjaga.

2) Hak milik relatif perorangan diakui sebagai usaha dan kerja secara halal dan dipergunakan untuk hal-hal yang halal pula.

3) Dilarang menimbun harta benda dan menjadikannya terlentar.

4) Dalam harta benda itu terdapat hak untuk orang miskin yang selalu meminta, oleh karena itu harus dinafkahkan sehingga dicapai pembagian rizki.

5) Pada batas tertentu, hak milik relatif tersebut dikenakan zakat.

6) Perniagaan diperkenankan, akan tetapi riba dilarang.

7) Tiada perbezaan suku dan keturunan dalam bekerja sama dan yang menjadi ukuran
perbezaan adalah prestasi kerja.


Kemudian landasan nilai yang menjadi tumpuan tegaknya sistem ekonomi Islam adalah sebagai berikut:
Nilai dasar sistem ekonomi Islam:
1) Hakikat pemilikan adalah kemanfaatan, bukan penguasaan.
2) Keseimbangan ragam aspek dalam diri manusia.
3) Keadilan antar sesama manusia.
Nilai instrumental sistem ekonomi Islam:
1) Kewajiban zakat.
2) Larangan riba.
3) Kerjasama ekonomi.
4) Jaminan sosial.
5) Peranan negara.
Nilai filosofis sistem ekonomi Islam:
1) Sistem ekonomi Islam bersifat terikat yakni nilai.
2) Sistem ekonomi Islam bersifat dinamik, dalam arti penelitian dan pengembangannya berlangsung terus-menerus.
Nilai normatif sistem ekonomi Islam:
1) Landasan aqidah.
2) Landasan akhlaq.
3) Landasan syari'ah.
4) Al-Qur'anul Karim.
5) Ijtihad (Ra'yu), meliputi qiyas, masalah mursalah, istihsan, istishab, dan urf.

Krisis ekonomi disebabkan oleh berbagai macam hal, antara lain:

- Menurunnya kualiti moral/mental, boleh dikatakan sebagai faktor yang paling penting.
- Keadilan yang tidak merata.
- Tidak adanya keterbukaan/transparansi oleh pemerintah dalam berbagai hal.
- Merebaknya sistem perekonomian yang menggunakan sistem riba.


Perekonomian sebagai salah satu sendi kehidupan yang penting bagi manusia, oleh al-Qur'an telah diatur sedemikian rupa. Riba secara tegas telah dilarang karena merupakan salah satu sumber labilitas perekonomian dunia. Al-Qur'an menggambarkannya sebagai orang yang tidak dapat berdiri tegak melainkan secara limbung bagai orang yang kemasukan syaitan.

Hal terpenting dari semua itu adalah bahwa kita harus dapat mengembalikan fungsi asli uang yaitu sebagai alat tukar / jual-beli. Memperlakukan uang sebagai komoditi dengan cara memungut bunga adalah sebuah dosa besar, dan orang-orang yang tetap mengambil riba setelah tiba larangan Allah, diancam akan dimasukkan ke neraka (Surah al-Baqarah:275).

Berdirinya Bank Muamalat Indonesia merupakan salah satu contoh tentangan untuk membuktikan suatu pendapat bahawa konsep Islam dalam bidang moneter dapat menjadi konsep alternatif.

Ada lagi ayat al-Quran menyokong kewajiban kita sebagai orang Islam sokong Sitem Ekonomi Islam

"(Ingatlah) ketika Syu'aib berkata kepada mereka (penduduk Aikah): 'Mengapa kamu tidak bertaqwa?' Sesungguhnya aku adalah seorang rasul yang telah mendapatkan kepercayaan untukmu. Karena itu bertaqwalah kepada Allah dan ta'atilah aku. Aku sama sekali tidak menuntut upah darimu untuk ajakan ini, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan Penguasa seluruh alam. Tepatilah ketika kamu menakar dan jangan sampai kamu menjadi orang-orang yang merugi. Timbanglah dengan timbangan yang tepat. Jangan kamu rugikan hak-hak orang (lain) dan janganlah berbuat jahat dan menimbulkan kerusakan di muka bumi." (Qs.26:177-183)